Skip to main content

Selebriti

Sudah Lama Dalam Posisi 'Santai', Black Akui Mahu Buat Kemunculan Semula - "Saya Rindu Suasana Kerja Keras..."

WhatsApp Image 2026 04 18 at 3.41.17 PM

Sekilas

  • Black Hanifah rindu suasana sibuk bekerja dan tekanan sebagai anak seni, serta mahu kembali ke pentas AJL selepas lama berehat.
  • Dia berasa puas dengan persembahan di AJL40 Separuh Akhir walaupun lama tidak tampil secara langsung di televisyen.
  • Black mengakui persaingan vokal kini lebih sengit dan berazam memperbaiki teknik nyanyian untuk terus bersaing dalam industri.

Penyanyi Black Hanifah mengakui dia amat merindui suasana sibuk bekerja seperti suatu ketika dahulu.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah berkata, selepas sekian lama berada dalam fasa yang lebih tenang, dia kini teringin dan bersedia untuk kembali merasai tekanan dan adrenalin sebagai anak seni.

“Kalau boleh, saya memang mahu kembali ke AJL. Saya rindu suasana bekerja keras pagi, petang dan malam. Tekanan itu saya rindu.

“Sudah lama saya berada dalam keadaan lebih santai, jadi saya mahu merasai semula adrenalin itu,” katanya kepada Gempak.

Black berkata demikian selepas membuat persembahan pada hari pertama Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir (AJL40 SA) di Studio TV3, Glenmarie, malam tadi.

Dalam masa sama, meskipun berdepan tekanan, dia merasakan dirinya telah memberikan yang terbaik di pentas tersebut selepas lama tidak membuat kemunculan secara langsung di televisyen.

“Kalau ikutkan orang terdekat, mereka memang berharap lagu ini ke pentas akhir. Saya pula hanya cuba memberikan yang terbaik selepas lama tidak membuat persembahan secara langsung di televisyen (TV).

“Persembahan di pentas seperti ini berbeza kerana penonton datang dengan harapan yang tinggi. Ia memberi tekanan, tetapi saya rasa saya dapat menyampaikan dengan baik pada AJL40 SA malam tadi,” katanya.

Dalam pada itu, Black turut mengakui persaingan dalam industri kini semakin sengit dengan kehadiran ramai penyanyi yang memiliki kemampuan vokal luar biasa seperti Aina Abdul dan Ernie Zakri.

Namun, dia tetap tidak akan mengalah dan akan melakukan sehabis baik.

“Sekarang kita ada ramai penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal antaranya Aina Abdul dan Ernie Zakri.

“Persaingan memang lebih sengit dengan teknik nyanyian mereka yang lebih maju. Dulu mungkin hanya seorang dua yang mampu mencapai nota tinggi, tetapi sekarang ramai yang boleh melakukannya.

“Namun, saya anggap ini sebagai cabaran. Saya tidak akan mengaku kalah. Saya akan buat yang terbaik, mungkin akan mula mengikuti kelas vokal untuk memperbaiki teknik, lebih-lebih lagi apabila usia semakin meningkat,” katanya.

Katanya lagi, Black berharap agar lagu berjudul Hijab Rindu mampu mencuri perhatian juri, khususnya dalam kategori Persembahan Terbaik atau Vokal Terbaik.

“Saya berdoa agar lagu ini ada tempat, walaupun bukan dalam tiga terbaik. Mungkin dalam kategori Persembahan Terbaik atau Vokal Terbaik.

“Itu sasaran awal saya. Selebihnya terpulang kepada penilaian juri. Saya percaya ia tidak mustahil jika saya berdisiplin dan menjaga rutin dengan baik.

“Kalau ada rezeki ke pentas akhir, saya akan pastikan memberikan tentangan yang hebat,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement