Skip to main content

Berita

SPM 2025: 366,435 Calon Layak Dapat Sijil, Meningkat 0.28 Peratus

Keputusan SPM 2025 2

Seramai 366,435 calon (94.29 peratus) layak dianugerahkan sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Mohd Azam Ahmad mengumumkan keputusan peperiksaan tersebut dengan pencapaian memberangsangkan, apabila bilangan calon yang layak meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 10,502 calon (0.28 peratus) berbanding 355,933 calon (94.01 peratus) pada SPM 2024.

Bagi calon sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 329,272 calon (94.51 peratus) layak dianugerahkan sijil SPM 2025, berbanding 319,016 calon (94.20 peratus) pada 2024, iaitu peningkatan sebanyak 10,256 calon (0.31 peratus).

“Analisis keputusan peperiksaan SPM tahun 2025 menunjukkan pencapaian calon yang memberangsangkan. Pencapaian ini mencerminkan keberkesanan usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan sistem pendidikan negara kekal bermutu, inklusif dan memberikan peluang yang adil kepada semua calon di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman keputusan SPM 2025, di sini, pada Selasa.

Beliau turut menegaskan seiring dengan aspirasi pembangunan negara, KPM akan terus mengukuhkan pelaksanaan pelbagai inisiatif reformasi pendidikan bagi menyokong agenda pembangunan Malaysia Madani yang progresif dan mapan.

“Usaha ini penting untuk melahirkan generasi holistik, berpengetahuan, berdaya saing serta berakhlak mulia,” katanya.

Sumber: Astro AWANI

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement