Skip to main content

Berita

Simpan Rahsia Terbesar, Wanita Tersepit Antara Cinta & Rasa Bersalah - “Kalau Terus Berahsia, Saya Macam Hidup Dalam Dosa”

Wanita

Satu perkongsian daripada seorang wanita di media sosial baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila dia meluahkan dilema yang telah lama dipendam sendirian.

Menerusi hantaran tersebut, wanita berkenaan mengakui menyimpan satu rahsia besar yang sehingga kini tidak pernah diluahkan kepada insan yang disayanginya.

Menurutnya, setiap kali dia cuba membuka mulut untuk berterus terang, perasaan takut terus menguasai diri.

“Saya betul-betul dalam dilema, lama dah saya simpan rahsia ni. Setiap kali nak cakap dengan dia mesti rasa macam tak boleh nak buka mulut ni.

Apa yang lebih menyentuh hati, wanita itu mengakui dia tersepit antara rasa cinta dan rasa bersalah.

Dia takut jika rahsia tersebut terus dipendam, dirinya seolah-olah hidup dalam keadaan berdosa. Namun dalam masa yang sama, dia tidak sanggup kehilangan lelaki yang dianggap paling sempurna dalam hidupnya.

“Saya sayang dia, sayang sangat-sangat. Tapi kalau saya terus berahsia saya rasa macam hidup dalam dosa. Saya tak mahu semua itu tapi tetap saya tak mahu kehilangan dia.

“Dia lelaki yang paling sempurna saya pernah kenal. Baik sangat. Tapi adakah dia tetap akan terima saya selepas tahu semuanya,” ujarnya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai yang memberikan kata-kata semangat serta menasihatkan agar wanita itu memilih kejujuran demi ketenangan jiwa.

Ada yang berpendapat, jika seseorang benar-benar ikhlas menyayangi, dia akan menerima masa lalu dan kekurangan pasangannya.

Namun ada juga yang mengingatkan bahawa setiap keputusan memerlukan keberanian dan kesediaan untuk menerima apa jua kemungkinan.

Anda mungkin berminat dengan

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must-Watch Video

Advertisement