Skip to main content

Viral

Sempat Kumandang Azan Isyak, Lelaki Meninggal Dunia Sewaktu Sujud Tunai Solat Terawih

Astro Gempak meninggal terawih

Seorang warga emas lelaki dilaporkan meninggal dunia sewaktu menunaikan solat terawih di sebuah masjid di Depok, Indonesia.

Mangsa yang dikenali sebagai Marji Asmadi berusia 55 tahun menghembuskan nafas terakhir dalam sujud solat terawih bersama jemaah lain di Masjid Babussalam, Beji, pada 14 Mac lalu seperti dilaporkan Tribunnews.

Menerusi perkongsian video yang tular di media sosial, Marji dilihat bersama jemaah lain sedang mengikuti solat terawih. Namun, sewaktu memulakan rakaat pertama, allahyarham menerusi CCTV dilihat jatuh dalam posisi sujud. Dia juga dilihat tidak bangun dan tetap dalam posisi sama sewaktu jemaah sudah membuat gerakan solat yang lain.

Melihat kejadian itu, jemaah yang berada di sekitar Marji mula menghulurkan bantuan sebelum menyedari lelaki tersebut sudah meninggal dunia.

Laporan sama mendedahkan Marji merupakan seorang lelaki yang amat disenangi masyrakat selain memiliki pekerti baik.

Seorang jemaah malah memberitahu Marji sempat mengumandangkan azan Isyak pada hari dirinya meninggal dunia.

Sementara itu, menerusi keterangan pihak polis, Marji diketahui memiliki riwayat sakit jantung.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement