Skip to main content

Selebriti

"Saya Pemalu & Tidak Akan Memulakan Langkah Tetapi..." - Azira Shafinaz

WhatsApp Image 2026 04 14 at 12.23.00 PM

Sekilas

  • Azira Shafinaz akui lelaki kurang berani mendekatinya mungkin sebab penampilannya yang garang walaupun dia mudah didekati dan terbuka untuk berkawan.
  • Dia bahagia dengan kehidupannya sekarang dan tidak mahu terburu-buru dalam soal jodoh, sambil menghargai usaha lelaki yang menunjukkan minat secara sederhana.
  • Azira kini membintangi filem aksi Tarung: The Unforgiven yang akan ditayangkan pada 7 Mei di pawagam seluruh negara.

Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz akui dirinya masih tertanya-tertanya mengapa tiada lelaki yang berani mendekatinya meskipun dia terbuka untuk mengenali sesiapa sahaja dengan lebih rapat.

Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan berkata penampilannya yang dilihat agak garang mungkin menjadi antara faktor yang membuatkan lelaki berasa segan untuk mendekati.

“Saya pun tertanya-tanya kenapa lelaki agak takut untuk mendekati saya. Mungkin sebab saya nampak garang? Kawan-kawan saya pun ada cakap perkara sama.

“Bukan takut apa, tetapi mungkin mereka rasa segan atau kurang yakin untuk mendekati saya pada tahap kehidupan saya sekarang. Hakikatnya, saya seorang yang sangat mudah didekati dan suka berkawan.

“Kalau ada yang mendekati dan saya rasa dia sesuai untuk dijadikan calon suami, siapa tahu dan mungkin ada jodoh,” katanya kepada Gempak.

Azira ditemui pada majlis rumah terbuka dan tayangan treler rasmi filem terbaharu lakonannya, Tarung: The Unforgiven di Banglo 289, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Azira menegaskan dia tetap bahagia dengan kehidupannya sekarang dan tidak mahu terburu-buru dalam soal jodoh.

“Buat masa ini, saya bahagia dengan kehidupan sendiri. Saya tidak terlalu memikirkan soal usia yang semakin meningkat. Tipulah kalau kata langsung tidak terfikir, tetapi saya tidak mahu menjadikannya sebagai tekanan untuk berkahwin cepat.

“Keluarga juga tidak pernah mendesak. Saya tidak mahu melakukan kesilapan dalam memilih pasangan. Jika saya bertemu orang yang sesuai dan Allah membuka hati, insya-Allah. Doakan yang baik-baik untuk saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, ahli kumpulan De Fam ini turut berkongsi bahawa dia bukanlah jenis yang memulakan langkah dalam sesebuah hubungan, namun amat menghargai usaha yang ditunjukkan oleh lelaki yang berminat terhadapnya.

“Sejujurnya, saya jenis yang pemalu dan tidak akan memulakan langkah untuk mendekati lelaki terlebih dahulu. Saya faham mungkin saya nampak sukar didekati.

“Tetapi, jika lelaki itu menunjukkan usaha, saya sangat menghargainya. Saya suka lelaki yang berusaha, walaupun melalui perkara kecil.

“Tidak perlu terlalu romantik. Perkara sederhana seperti bertanya sama ada saya sudah makan pun sudah memadai. Tetapi jangan sekadar bertanya tanpa tindakan. Kalau tanya sudah makan, belikan sekali makanan itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azira membintangi filem aksi, Tarung: Unforgiven arahan Razaisyam Rashid yang turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Zul Ariffin, Bront Palarae, Aedy Ashraf, Sharifah Sakinah, Amir Ahnaf dan ramai lagi.

Naskhah terbitan Alpha47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw itu bakal ditayangkan pada 7 Mei depan di pawagam seluruh negara.

Anda mungkin berminat dengan

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement