Sekilas
- Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Agy, meluahkan rasa terkilan kerana terus dikritik netizen mengenai penampilan dan pemakaiannya.
- Agy menegaskan dia kini hanya memakai pakaian lelaki tanpa solekan dan mahu fokus menjadi versi lebih baik tahun ini.
- Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan menasihatinya agar mengabaikan kecaman yang diterima.
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Agy meluahkan rasa terkilan apabila dirinya terus dikritik netizen berhubung penampilan dan pemakaiannya.
Menerusi perkongsian di Threads, Agy berkata bahawa meskipun dia telah berusaha memperbaiki diri, namun masih ramai yang terus mencabar kesabarannya.
"Aku dah mula penat ni. Kita cuba untuk perbaiki diri tetapi ramai yang masih mencabar aku. Kau tak diuji tetapi kau terus mengeji," tulisnya.
Dalam pada itu, Agy turut menegaskan bahawa dia kini hanya memakai pakaian lelaki tanpa sebarang solekan di wajahnya.
Katanya, dia hanya mahu menjadi versi yang lebih baik pada tahun ini dan menyerahkan segalanya kepada tuhan untuk membalas semula perbuatan mereka yang sentiasa mengecam dirinya.
"Saya pakai baju lelaki, potong rambut dan tiada solekan. Jadi biar Allah sahaja yang balas. Saya nak fokus untuk jadi lebih baik sahaja tahun ini," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Agy dan menasihatinya untuk mengabaikan segala kecaman yang diterima.

Sumber: Threads