Skip to main content

Selebriti

Sasha Saidin Kongsi Situasi Terkini UAE, Keluarga & Rakan Selamat - "Ada Bunyi 'Alarm' Tetapi..."

Sasha Saidin

Pelakon dan penyanyi Sasha Saidin memaklumkan bahawa ahli keluarga serta rakan-rakan terdekatnya yang kini berada di  Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada dalam keadaan selamat susulan dari konflik peperangan Iran-Israel yang tercetus baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sasha yang kini berada di Malaysia menjelaskan bahawa keadaan di Abu Dhabi dan Dubai masih dalam keadaan terkawal. Malah, dia percaya dengan kecekapan pengurusan negara tersebut dalam menguruskan situsi genting.

"Saya kini berada di Malaysia sejak sebelum bulan Ramadan lagi tetapi saya masih ada keluarga dan kawan-kawan di Abu Dhabi dan Dubai.Mereka semua selamat dan sentiasa beri perkembangan.

"Saya dapat makluman terkini daripada mereka bahawa situasi di sana masih dalam terkawal. Saya pun dah 6 tahun jadi penduduk di Dubai dan saya tengok cara mereka bekerja dan sangat efisien. Mereka cuba yang terbaik untuk tenangkan keadaan. Ada bunyi alarm tetapi itu hanya langkah keselamatan untuk pastikan semua dalam bangunan.

"Pengalaman saya Ketika covid dan situasi besar di sana, mereka berjaya pastikan semua orang daam keadaan sihat," katanya.

Sementara itu, kakak kepada pelakon Zain Saidin itu memaklumkan penerbangan ahli keluarganya yang dijadualkan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat terpaksa ditangguhkan berikutan gangguan operasi penerbangan.

"Keluarga saya sepatutnya datang Malaysia dalam beberapa hari tetapi penerbangan mereka terpaksa ditangguhkan sebab kapal terbang terjejas. Insyaallah dalam beberapa hari mereka akan beroperasi semula," ujarnya.

Anggota kumpulan Elite itu turut berharap agar dapat disatukan semula dengan keluarganya sambil menitipkan pesanan agar orang ramai tidak terpedaya dengan berita palsu yang kian berleluasa di media sosial.

"Saya harap dapat lihat keluaarga saya semula di sini tetapi saya boleh kata keadaan di sana tidak panik. Saya ada nampak banyak berita palsu di media sosial menunjukkan keadaan Dubai tetapi sebenarnya bukan. Tak semua di media sosial betul dan pastikan baca bahan yang betul dan dipercayai. Saya tak tahu nak cakap apa sebab saya speechless, mari harapkan terbaik," jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement