Skip to main content

Selebriti

Raya Di Kuala Lumpur Lebih Tenang, Zizan Razak Akui Tak Gemar Hadap Perjalanan Jauh Balik Kampung - “Saya Sampai Terpaksa Berhenti..."

Bakar isteri

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak berkongsi bahawa dia sudah lama tidak beraya di kampung halamannya sejak pemergian arwah nenek dan kini hanya beraya di ibu negara sahaja.

Menurut Zizan, dia kurang gemar pulang ke kampungnya di Terengganu kerana perjalanan ke sana mengambil masa berbelas jam, selain sukar mencari tempat rehat sepanjang perjalanan.

“Saya dah beberapa tahun beraya di Kuala Lumpur. Tahun ini saya masih belum putuskan lagi nak raya di mana, tetapi besar kemungkinan saya akan beraya di sini sahaja. Sejak nenek saya sudah tiada, rasa untuk pulang ke kampung itu jadi lebih sukar dan entah kenapa, lebih menyedihkan.

"Selain itu, saya juga kurang minat dengan perjalanan yang terlalu lama untuk balik jauh seperti ke Kelantan yang ada kalanya sampai 23 jam, 16 jam, malah berbelas jam di atas jalan. Kali terakhir saya balik pun, saya sampai terpaksa berhenti di lebuh raya dan berhenti sekejap untuk hisap rokok sebab terlalu penat. Bila fikir balik memang naya, nak berhenti pun susah, nak masuk R&R pun susah," katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, Zizan melihat perkara itu dari sudut positif kerana dia masih berpeluang beraya bersama keluarga dengan lebih tenang. 

Dalam masa sama, dia akui kesibukan kerjaya sebelum ini membuatkan masa bersama keluarga agak terhad, maka setiap saat bersama mereka amat dihargai.

"Bila difikirkan semula, mungkin ada juga hikmahnya saya beraya di sini. Saya jadi lebih tenang dan masih dapat meluangkan masa bersama keluarga yang ada.

"Saya akui populariti yang saya ada sekarang sedikit sebanyak buatkan saya jadi jauh. Allah bagi saya yang ini, mungkin Dia tarik benda lain. Cuma saya sendiri yang kena pandai uruskan. Kalau boleh putar balik masa, saya memang nak lebih banyak luangkan masa bersama keluarga. Bagi saya, masa dengan keluarga itu adalah segala-galanya," ujarnya.

Sementara itu, Zizan turut berkongsi momen raya yang paling dirinduinya ialah suasana menikmati sate buatan arwah neneknya yang menjadi tradisi setiap tahun.

“Saya dulu paling nantikan sate masakan nenek saya setiap kali raya. Tapi bila dah lama tak balik, lama juga saya tak dapat merasa. Saya juga rindu kuih-muih yang dimasak oleh mak cik saya. Setiap tahun memang itu yang saya tunggu. Kenangan itu memang sangat dirindui," jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement