Skip to main content

Antarabangsa

Presiden Korea Utara, Kim Jong-un Bawa Tandas Peribadi, Elak Najis Dianalisis

kim jong un

Sewaktu Presiden Korea Utara, Kim Jong-un membuat pertemuan dengan Vladimir Putin di Beijing, China, minggu lalu, ada ‘perkara menarik’ yang mencuri perhatian umum.

Selain para petugas khasnya dilihat membersihkan kerusi yang diduduki sekitar dua jam pertemuan dan membersihkan cawan serta meja yang dipegang Jong-un untuk menghilangkan kesan bukti kewujudannya yang mungkin boleh ‘digunakan’ musuh, ada satu lagi hal keselamatan yang dilihat agak ekstrem dilakukan.

Advertisement

Jong-un diketahui membawa tandas peribadinya sendiri. Tandas peribadi tersebut dibawa khas dan digunakan sebagai usaha mengawal najisnya diperoleh ke tangan musuh.

Pakar menyifatkan tindakan itu dilakukan sebagai langkah keselamatan dan betapa bimbangkan pemimpin tersebut jika najis atau biometrik miliknya menjadi ‘senjata’ dalam kalangan musuh yang ingin menjatuhkan kerajaannya, lapor Japan Nikkei.

“Kesihatan dan informasi biometrik menjadi kerahsiaan utama dan perlu dijaga dengan aman dalam kalangan pemimpin negara.

“Apa yang mungkin dibersihkan dan cuba dihapuskan petugas adakan kesan jari, kulit atau peluh yang berpotensi untuk dikaji sekaligus boleh mengetahui tahap kesihatan,” katanya seorang pakar, Peter Ward seperti dilaporkan South China Morning Post.

Ironi, pihak perisikan memang meningkatkan kawalan keselamatan dan tidak mustahil mengambil sampel najis atau apa sahaja kesan yang ditinggalkan para pemimpin dunia dalam usaha mendapatkan maklumat.

Sebelum ini Putin juga diketahui mengembara bersama tandas peribadi sebagai usaha mengelak sebarang kesan dirinya dianalisis.

Must-Watch Video

Advertisement