Skip to main content

Berita

Penyanyi Dangdut Buat Persembahan Ketika Perasmian Masjid Di Indonesia Tular

Masjid Dangdut

Sebuah video memaparkan beberapa penyanyi wanita berpakaian seksi membuat persembahan di atas pentas menjadi tular di media sosial selepas didapati berlatarbelakangkan kain rentang bertulis 'Perasmian Masjid'.


Rakaman berkenaan menunjukkan beberapa penyanyi dangdut berpakaian mencolok mata seperti memakai gaun paras paha dan baju berpotongan terbuka, sambil beberapa lelaki dilihat naik ke pentas menari dan memberi wang kepada mereka.
 

Video itu dikatakan dirakam ketika majlis perasmian Masjid Darul Falah Senden Jambon Gemawang di Temanggung, Jawa Tengah.
 

Advertisement

Namun, Ketua Desa Jambon, Lilis Suharti menjelaskan bahawa persembahan itu bukan sebahagian daripada acara rasmi perasmian masjid.


​​Menurutnya, pentas hiburan tersebut diadakan pada hari berikutnya oleh pihak lain, namun berlaku kekeliruan kerana mereka menggunakan latar belakang kain rentang daripada majlis perasmian masjid sehari sebelumnya.
 

“Memang ada kesilapan pada kain rentang itu. Apabila video itu dirakam dan disunting dengan naratif negatif, ia menimbulkan pelbagai tanggapan buruk daripada orang ramai,” katanya kepada media tempatan pada Selasa.
 

Lilis menjelaskan, majlis perasmian masjid sebenar diadakan pada 10 September lalu, manakala persembahan dangdut itu dianjurkan pada 11 September, dengan jawatankuasa penganjur yang berbeza.
 

Insiden berkenaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial yang menganggap penganjuran persembahan berunsur hiburan itu tidak sesuai dikaitkan dengan majlis keagamaan.

Sumber: Sinar Harian 

Must-Watch Video

Advertisement