Skip to main content

Filem

Pengarah Filem Banduan Dianggap Setaraf Syafiq & Syamsul Yusof, Rosyam Nor Puji Karya Kroll Azry – "Kita Perlukan Orang Macam Dia"

Rosyam Nor Bet Kroll Setaraf Syafiq Yusof

Pelakon, Datuk Rosyam Nor membuat taruhan berani apabila menganggap pengarah filem Kroll Azry setaraf dengan pengarah terkenal tanah air lain seperti pasangan adik-beradik, Syafiq Yusof dan Syamsul Yusof.

Menurut Rosyam yang membawa watak Inspektor Johari dalam filem Banduan, dia berharap Kroll akan lebih dikenali oleh peminat kerana memiliki bakat besar dalam dunia perfileman, sekali gus dapat meningkatkan kualiti industri tanah air.

Advertisement

"Saya memang bet dia dan mungkin sebab awal-awal itu dia baru lagi. Bahkan, Syafiq Yusof pun awal-awal buat filem tak laku sangat, tapi sekarang dah laku. Saya harap Kroll boleh membina namanya agar peminat di luar sana lebih mengenali diri dan karyanya.

"Sama juga macam Syamsul, orang kenal dia dan dia ada peminat dia tersendiri. Syafiq pun dah sama taraf dengan abang dia. Ia sebenarnya sangat bagus untuk industri. Kita perlukan orang macam Kroll. Kerja dia sangat bagus dan saya suka karyanya," katanya ketika ditemui Gempak.

Rosyam berkongsi pandangannya itu ketika menghadiri program Makan Malam Bersama Dali di Astro Bukit Jalil pada Jumaat.

Filem Banduan terbitan Astro Shaw dan produksi Number Twenty One Media, bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 6 November ini.

Filem aksi ini diinspirasikan daripada filem pecah panggung India iaitu Kaithi dan dibawah arahan Kroll Azry.

Barisan pelakon utama yang ditampilkan Selain Rosyam ialah Dato Aaron Aziz, Dato Afdlin Shauki, Husyairi Hussain, Fadhli Masoot dan Abi Madyan, menjadikan peminat tidak sabar menantikan tayangannya.

Must-Watch Video

Advertisement