Skip to main content

Selebriti

Nadia Brian Dijangkiti Influenza A - "Setiap Hembusan Nafas Rasa..."

Nadia Brian Kena Influenza

Pelakon, Nadia Brian berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila disahkan dijangkiti penyakit Influenza A yang kini kembali aktif menular dalam kalangan masyarakat.

Menerusi perkongsian di laman Threads miliknya, Nadia menggambarkan kesakitan yang dialami dengan mengatakan setiap nafas yang dihembus terasa berat, sekali gus menasihatkan orang ramai agar tidak memandang ringan terhadap penyakit tersebut.

Advertisement

"Setiap hembusan nafas rasa berat, Influenza A memang tak main-main," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan kesembuhan buat pelakon drama Akulah Balqis itu. Ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing ketika berdepan penyakit tersebut.

"Semoga cepat sihat, sis. Nampak teruk sangat tu."

"Dah kena hari itu, memang perit."

"Pernah kena. Lagi teruk dari Covid."

"Saya pun pernah kena Influenza A. Sakit satu badan, duduk tak kena, pening kepala dan rasa nak tidur sahaja," kongsi netizen.

Dalam pada itu, Nadia bukan satu-satunya selebriti yang melalui situasi tersebut. Antara yang pernah dijangkiti Influenza sebelum ini termasuk Thalita, Abby Abadi, Ismail Izzani, dan Jue Aziz.

Must-Watch Video

Advertisement