Skip to main content

Selebriti

"Memang Dari Zaman Batu...Tiada Media Sosial Pun Orang Akan Sebarkan Aib" - Ikmal Amry

Ikmal Amry

Sekilas

  • Ikmal Amry berkongsi bahawa menyebarkan aib sudah menjadi kebiasaan manusia sejak dahulu, walaupun tanpa media sosial.
  • Pelakon itu menasihatkan supaya tidak menyambung atau sibuk dengan aib orang lain, sebaliknya fokus menjaga keluarga masing-masing.
  • Ikmal juga mengakui pernah menjadi mangsa aib tetapi memilih untuk abaikan dan terus fokus pada dirinya sendiri.

Pelakon, Ikmal Amry berkongsi bahawa meskipun tanpa kewujudan media sosial, manusia tetap akan bercakap dan menyebarkan aib orang lain kerana ia sudah menjadi sebuah kebiasaan sejak dahulu lagi.

Menurut pelakon filem Pulau itu, perkara paling penting ialah tidak menyambung atau menyebarkan aib tersebut, sebaliknya fokus menjaga keluarga masing-masing.

"Tiada media sosial pun orang akan sebarkan aib. Memang dari zaman batu dan nenek moyang dahulu sudah ada. Ia lumrah manusia cuma apa yang kita perlu buat ialah jangan menyambung ai tersebut atau sibuk hal orang lain.

"Kita jaga keluarga masing-masing. Kalau dengar mengenai hal buruk orang lain, jangan sibuk membawang. Kami memang diajar untuk membaca dan mengetahui sahaja. Jangan masuk campur," katanya kepada Gempak.

Ikmal berkata demikian Ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi raya HABIB 2026 di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur pada Selasa malam.

Dalam masa sama, Ikmal turut mengakui dirinya juga pernah menjadi mangsa aib, namun memilih untuk tidak mengendahkannya dan menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai sendiri perkara tersebut.

"Banyak orang cuba mengaibkan saya dan saya kena ambil risiko itu memandangkan saya berada dalam industri ini.

"Saya pilih untuk abaikan dan terpulanglah pada mereka jika ingin percaya atau tidak. Perkara ini tidak akan habis. Saya tidak akan terkesan dan fokus pada diri saya sahaja," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ikmal dan keluarganya turut tampil dalam kempen berkenaan dengan membawa naratif kasih sayang semula jadi yang selari dengan inspirasi songket sebagai simbol Rantaian Kasih.

HABIB turut memperkenalkan koleksi baharu berinspirasikan songket yang menampilkan motif ikonik seperti pucuk rebung, kotak bercampur, bunga telepuk dan bunga berbaling.

Koleksi tersebut menampilkan barangan kemas eksklusif berasaskan berlian dan batu permata, selain koleksi Oro Italia 916 serta barangan kemas emas 916 dengan rekaan eksklusif.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement