Sekilas
- Mira Filzah berkongsi pengalamannya menghadapi masalah sinus sejak umur 12 tahun yang datang secara tiba-tiba dengan simptom seperti tekak gatal dan hidung berair.
- Dia merasa penat mengawal masalah sinus walaupun sudah mencuba pelbagai suplemen dan ubat tanpa hasil yang memuaskan.
- Pelakon Mimi Lana mencadangkan Mira untuk konsisten dengan rawatan sendiri dan suplemen yang dicadangkan, berdasarkan pengalamannya sendiri yang berjaya mengawal sinus melalui penjagaan pemakanan dan suplemen.
Pelakon, Mira Filzah berkongsi kesukaran berdepan masalah sinus yang dialaminya sejak berusia 12 tahun.
Menerusi Threads, Mira berkongsi kekeliruannya terhadap keadaan sinus yang sering datang secara tiba-tiba apabila tekaknya mula terasa gatal dan hidung berair, walaupun pada awalnya dia berada dalam keadaan baik.
"Saya sangat tak faham dengan sinus. Saya baik-baik sahaja 10 minit lepas, kemudian tiba tiba tekak saya mula rasa gatal dan hidung berair.
"Sejak beberapa hari lepas, setiap malam dalam pukul 1 ke 3 pagi, mata saya mesti rasa macam nak terbakar dan gatal. Merah, bengkak sampai esok pagi," tulisnya.
Aktres drama Meh Sandar Pada Aku itu turut mengakui keletihan untuk mengawal masalah sinus yang dialaminya meskipun telah mencuba pelbagai jenis suplemen dan ubat.
"Penat sangat nak kawal sinus ini. Segala jenis suplemen dan ubat dah makan," ujarnya.
Dalam masa sama, pelakon Mimi Lana turut meninggalkan komen di ruangan tersebut dengan mencadangkan agar Mira mengamalkan rawatan mengikut cara tesendiri serta konsisten dengan suplemen yang dicadang orang ramai.
Menurut Mimi, dia juga pernah mengalami masalah sinus yang teruk sehingga menyukarkan pernafasannya, namun keadaannya beransur pulih selepas menjaga pemakanan dan pengambilan suplemen tersebut.
"Mira dua bulan lepas, sinus saya pun teruk. Hampir hari-hari saya jaga makan. Tapi bila pergi hospital, doctor kata tiada apa-apa kesan. Doktor kata normal. Saya sampiakan migraine dan susah nak bernafas.
"Jadi, saya buat pilihan untuk buat cara saya sendiri dan cari supplement yang orang cadangkan. Saya makan supplement itu secara konsisten dan jaga makan, Alhamdulillah, selepas satu bulan, saya baik sepenuhnya," kongsinya.