Skip to main content

Selebriti

"Kurang Ajar Betul!" - Netizen Berang Pekerja Wanita Tempatan Dikasari Pelanggan Disyaki Pelancong Asing

Zus Gaduh

Ringkasan AI

  • Sebuah video tular menunjukkan seorang pekerja wanita di premis F&B dikasari oleh pelancong asing.
  • Wanita itu meminta pelancong tersebut keluar selepas dia meluahkan tidak puas hati terhadap perkhidmatan.
  • Pelancong tersebut bertindak melempar air ke kaunter, menyebabkan pertengkaran berlaku.
  • Netizen meluahkan rasa simpati dan menyokong pekerja wanita itu dalam ruangan komen.
  • Akaun TikTok pelancong yang memuat naik video insiden tersebut telah dipadam.

Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang pekerja wanita di sebuah premis makanan dan minuman (F&B) dipercayai dikasari oleh pelancong luar negara, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di media sosial, wanita berkenaan dilihat meminta pelanggan tersebut meninggalkan premis selepas pelancong itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatannya.

Namun, keadaan menjadi tegang apabila pelancong terbabit bertindak melempar air ke arah kaunter, sekali gus mencetuskan pertengkaran antara kedua-dua pihak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita tersebut dan menyatakan sokongan penuh terhadapnya.

"Cawangan mana ni, kesian adik ni. Semoga buat laporan polis.

"Kurang ajar betul pelanggan tu. Saya harap owner kedai tak amik tindakan pada staff tu dan bayar  lebih atas segala dugaan yang dia lalui.

"Dahla gaji rendah, kena pula hadap pelanggan biadap ni. 

"Kalau kedai ni buang pekerja ni, aku boikot," komen netizen.

Bagaimanapun, akaun TikTok milik pelancong terbabit yang memuat naik video asal insiden tersebut dilaporkan telah dipadam.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement