Skip to main content

Viral

Kenalan Lama Dedah Kisah Sebenar Aktivis Rohingya, Noor Azizah

Astro Gempak azizah

Sekilas

  • Aktivis Rohingya Noor Azizah didakwa memberi kenyataan kontroversi tentang layanan tidak berperikemanusiaan terhadap komuniti Rohingya di Malaysia.
  • Beberapa pengguna media sosial mempertikaikan dakwaan Noor Azizah dengan berkongsi pengalaman mengenali keluarganya yang dikatakan menjalani kehidupan baik di Sandakan, Sabah.
  • Kerajaan menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tiada layanan tidak berperikemanusiaan diberikan kepada kanak-kanak Rohingya di negara ini.

Kenyataan kontroversi dibuat seorang aktivis Rohingya, Noor Azizah yang mendakwa wujud layanan tidak berperikemanusiaan, khususnya daripada pihak penguat kuasa, terhadap komuniti Rohingya di Malaysia terus mencetuskan kemarahan rakyat di negara ini.

Terbaharu, beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Malaysia selepas mendakwa mengenali keluarga aktivis itu ketika menetap di Sandakan, Sabah suatu ketika dahulu.

Perkara itu dibangkitkan menerusi satu hantaran Threads yang dimuat naik oleh @Ngela Angie Ju memaparkan tangkap layar beberapa komen individu mendakwa Noor Azizah tidak menjalani kehidupan sebagai gelandangan seperti didakwanya sebelum ini.

“Kami sama-sama membesar di flat Sandakan dulu. Dia membesar dalam rumah flat, tidak seperti yang dia cerita menjadi gelandangan.

"Sayang dengan mereka satu keluarga sebab kami anggap macam saudara, tapi sakit hati bila dia buruk-burukkan Malaysia,” tulisnya.

Selain itu, pengguna tersebut juga turut mendakwa keluarga Noor Azizah berhijrah ke Australia ketika dia masih kecil selepas tidak memperoleh kerakyatan di Sabah.

Seorang lagi pengguna, RD Syah pula mendakwa mengenali keluarga Noor Azizah dan menyifatkan mereka menjalani kehidupan yang baik ketika berada di Sabah.

“Okey sahaja hidup mereka. Tak silap mereka berniaga dan bapanya bekerja di Australia ketika itu,” dakwanya.

Dalam masa sama, beberapa pengguna lain turut mendakwa terdapat percanggahan antara kisah yang dikongsikan Noor Azizah dengan pengalaman mereka mengenali keluarga berkenaan.

Kerajaan nafi beri layanan tidak berperikemanusiaan kepada kanak-kanak Rohingya

Noor Azizah sebelum ini mengeluarkan kenyataan tidak berasas dengan mendakwa etnik itu ditindas di Malaysia ketika berucap dalam satu program di sebuah universiti di Australia.

Aktivis itu turut mendakwa lebih 2,000 kanak-kanak Rohingya di negara ini kini ditempatkan di pusat tahanan imigresen dan membesar di sebalik jeriji besi berbanding berada di dalam bilik darjah.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement