Skip to main content

Viral

Kecoh Video Alat Sulit Mat Tere, Tukang Masak Wanita Ditahan

mat_tere

Tukang masak wanita ditahan polis selepas dipercayai menyebar video seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dikenali Mat Tere menunjukkan kemaluan, minggu lalu.

Wanita berusia 27 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur kelmarin dan kini direman empat hari.

Advertisement

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, susulan laporan polis dibuat oleh Muhammad Zul Apiz Baharum, 37, atau dikenali sebagai Mat Tere, pihaknya menahan tukang masak wanita berkenaan di Kuala Lumpur.

"Wanita berkenaan bekerja di Kuala Lumpur dan kini ditahan reman. Suspek wanita itu dijangka dituduh esok di Mahkamah Kota Bharu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, keluarga kepada Muhammad Zul Apiz meminta orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan terhadap Mat Tere yang juga seorang OKU.

Ia berikutan tular video Mat Tere menunjukkan kemaluannya selepas diminta oleh seorang wanita dalam siaran langsung di TikTok, minggu lalu.

Sumber: Harian Metro

Must-Watch Video

Advertisement