Skip to main content

Berita

Kebakaran Di Tingkat Atas Menara 3 KLCC Dipercayai Libatkan Kawasan Makanan & Minuman Mewah

Menara 3 KLCC Terbakar

Satu kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat atas Menara 3 KLCC awal pagi tadi, dipercayai melibatkan kawasan makanan dan minuman mewah yang terletak di bangunan berkenaan.

Insiden tersebut dirakam oleh hos rancangan The Economy with Ibrahim Sani, yang menyaksikan kejadian dari kediamannya berhampiran lokasi.

Advertisement

Dalam rakaman yang dikongsikan, api kelihatan marak sebelum berjaya dipadamkan.

Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung punca kejadian serta tahap kerosakan yang berlaku.

Setakat laporan ini disiarkan, tiada maklumat rasmi mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber: AWANI

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement