Skip to main content

Berita

Kanak-Kanak 11 Tahun Maut, Dua Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Metadon

Sekilas

  • Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum ubat Metadon oleh ibu kandung mereka di Kajang.
  • Pihak polis menerima laporan daripada Hospital Tengku Permaisuri Norashikin mengenai kejadian yang berlaku pada waktu pagi Rabu.
  • Siasatan awal mendapati ibu mangsa berusia 35 tahun memberikan ubat sintetik opioid itu kepada ketiga-tiga anaknya, namun motif tindakan masih dalam siasatan.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum ubat jenis Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri.

Difahamkan kejadian itu berlaku di kediaman mereka yang terletak di Sungal Ramal Baru, Kajang pada Rabu.

Menurut pihak polis, mereka menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pegawai perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN).

"Pihak hospital memaklumkan menerima tiga pesakit iaitu kanak-kanak lelaki pada jam 7.50 pagi.

"Malangnya, anak sulung berusia 11 tahun itu disahkan meninggal dunia, manakala adik bongsu berusia lima tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang lagi di Zon Merah Unit Kecemasan," lapor pihak polis.

Menurut laporan sumber, siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat tindakan ibu mangsa yang berusia 35 tahun memberikan ubat jenis Methadone kepada ketiga-tiga anaknya.

Motif wanita itu bertindak sedemikian masih belum dikenal pasti.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan sementara menunggu laporan bedah siasat," katanya.

Mayat kini berada di Jabatan Forensik HTPN untuk tindakan lanjut.

Sekadar info, Metadon adalah sejenis ubat sintetik opiod yang digunakan dalam rawatan terapi gantian untuk merawat ketagihan dadah opiat, terutamanya heroin dan morfin.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must-Watch Video

Advertisement