Skip to main content

Bencana

Kampung Sijangkang Dilanda Ribut Macam Puting Beliung, Terbangkan Bumbung Sekolah

Kampung Sijangkang Dilanda Ribut Macam Puting Beliung

Beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan detik cemas kejadian ribut di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang petang tadi.

Angin kencang menerbangkan bumbung sebuah sekolah selain menyebabkan kerosakan di beberapa kawasan berhampiran.

Advertisement

Kelihatan serpihan bumbung dan objek ringan berterbangan dibawa pusaran angin kuat.

Difahamkan, kejadian berlaku pada pukul 5 petang dan turut menyebabkan beberapa rumah penduduk dan sekolah di Kampung Medan mengalami kerosakan.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, kejadian itu menjejaskan beberapa kawasan dengan angin berpusing menyerupai puting beliung.

“Beberapa tempat di Sijangkang dilanda ribut dan puting beliung,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber: Kosmo! Online

Must-Watch Video

Advertisement