Skip to main content

Selebriti

Industri Hiburan Perlu Seiring Dengan Peredaran Zaman, AC Mizal Anggap Lagu Yang Tarik Minat Generasi Muda Boleh Kekal Lama - "Kita Tak Boleh Ada Ego..."

AC MIZAL

Sekilas

  • Datuk AC Mizal menegaskan industri hiburan perlu sentiasa mengikuti peredaran zaman untuk menarik minat generasi muda dalam lagu, drama, dan filem.
  • Beliau mengajak anak seni supaya buang ego dan berani mencuba perkara baharu demi memastikan karya terus relevan dan diterima ramai.
  • AC Mizal baru-baru ini melancarkan lagu 'Mari Menari Raya' yang menggabungkan muzik pop moden, hip-hop, dan elemen tradisional Melayu sebagai simbol keharmonian masyarakat.

Pelakon dan penyanyi, Datuk AC Mizal, berpendapat bahawa industri hiburan perlu bergerak seiring dengan peredaran zaman, terutamanya dalam penghasilan karya seperti lagu, drama atau filem.

Menurut AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, perkara ini penting bagi menarik perhatian generasi muda yang akan menjadi penerus sesuatu karya supaya ia terus berpanjangan.

“Semua benda berubah, kita kena ikut peredaran zaman. Itu perkara biasa. Kalau nak buat drama, lagu atau filem, semuanya berkait dengan trend. Kita tak boleh hasilkan drama yang orang sekarang tak faham.

"Secara dasarnya, kita memang nak tarik perhatian generasi muda. Sebab bila mereka meningkat dewasa nanti, mereka akan ingat dan lagu itu boleh terus kekal," katanya kepada Gempak.

AC berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran lagu terbaru berjudul Mari Menari Raya di St.Giles Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.

Ahli anggota kumpulan 4U2C itu turut berkata bahawa anak seni perlu membuang sifat ego dan perlu meneliti perkara ini dengan lebih mendalam.

"Kita tak boleh ada ego. Dalam dunia bisnes dan hiburan, kita kena faham perkara ini.
Tiada salah atau haram untuk buat lagu. Walaupun saya sudah 36 tahun dalam industri, saya tetap cuba buat perkara baharu mengikut peredaran zaman. Itulah dunia hiburan," ujarnya.

Katanya lagi, usaha pengkarya yang tidak mengikuti perkembang hanyalah akan berakhir dengan sia-sia, namun orang lama yang cuba mendalami itu perlu diberi pujian dan perhatian.

"Tak guna kalau kita buat lagu dengan cara lama hanya kerana sudah ada nama, tapi tak ikut zaman sekarang. Kalau begitu, lebih baik tak perlu buat. Orang lama yang berani buat sesuatu yang baharu juga perlu diberi perhatian. Itu sebenarnya satu perkara yang baik,"jelasnya.

Dalam perkembangan lain, AC Mizal turut melancarkan lagu terbaharunya berjudul 'Mari Menari Raya' bersama ratu pop Healing Asia, JessC yang menggabungkan muzik pop moden dengan rentak hip-hop serta elemen perayaan tradisional Melayu.

Lagu ini bukan sekadar lagu perayaan, sebaliknya sebuah ekspresi muzik yang melambangkan keharmonian dan perpaduan masyarakat.

Anda mungkin berminat dengan

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement