Perjalanan Shae dalam Gegar Vaganza 12 (GV12) berakhir selepas tersingkir di pentas separuh akhir yang diumumkan selepas segmen Ada Lagu Ada Lagi pada Ahad.
Keputusan itu sekaligus memberikan peluang kepada enam bintang lain iaitu Iskandar Ismail, Mark Adam, Mendua, Mell Sakura, Nubhan dan Ruri Repvblik untuk mara ke pentas akhir minggu hadapan.
Turut berada di kedudukan terbawah bersama Shae adalah Ruri Repvblik.
Bertemakan Internasional dan Nusantara, minggu separuh akhir, memyaksikan Iskandar berada di kedudukan pertama.
Turut berada di tangga tiga teratas adalah Mark Adam dan Mendua.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.