Bintang Gegar Vaganza 12 (GV 12), Shy8 hampir mengucapkan selamat tinggal kepada pentas GV selepas mendapat markah terendah daripada juri tetap.
Menyanyikan lagu Terasing Di Bumi Sendiri, Shy8 hanya mampu meraih 47.25 peratus namun terselamat apabila diumumkan tiada penyingkiran untuk minggu ini.
Advertisement
Sementara itu, Mendua pula berjaya menduduki tangga pertama selepas memperoleh markah sebanyak 69.50 peratus daripada juri tetap dengan persembahan mantapnya yang menyanyikan lagu Hampir Ke Situ.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh Gegar Vaganza minggu kesembilan:
Polaroid - Mel Sakura
"Untuk minggu pertama kebiasaannya memang akan gugup tetapi tidak mengapa kami sangat terhibur dengan persembahan kamu. Cumanya, kamu kena atasi perasaan itu bila naik atas pentas," - Datuk Ramli M.S.
Ada Untukmu - Nubhan
"Kamu ada keluar album ke.Kenapa tidak keluarkan album itu. Kamu perlu terus berkarya supaya boleh buat album lagi. Bahagian korus kamu sangat bagus," - Hetty Koes Endang.
Maafkan Diriku - Datuk Elaine Kang
"Saya ingin lihat apa yang bakal kamu persembahkan pada minggu seterusnya. Visual kamu sangat menarik. Namun, perlu diberi penakanan pada vokal seperti muscle training," - Datuk Syafinaz Selamat.
Hampir Ke Situ - Mendua
"Speed balancing kamu memang nombor satu. Saya harap kualiti seperti ini akan diteruskan pada setiap minggu. Semua ahli kumpulan mengikut rentak dan pandai menjaga kelajuan agar tidak terlalu mengatasi melodi," - Datuk Ramli M.S.
Gemersik - Krisya
"Apa yang bonda harapkan memang tepat terutama dari segi emosi. Namun, kamu perlu beri perhatian pada note by note di bahagian korus. Ada sedikit off. Pendengaran note perlu tepat," - Hetty Koes Endang.
Sakitnya Rindu - Freshies
"Permulaan kamu dah ok. Saya rasa kamu perlu duduk dan berbincang semula untuk dapatkan tight harmonies sebab kadang-kadang ada bahagian yang kamu off sikit.
"Jadi, kamu perlu lebih berhati-hati. Dia jadi kritikal sebab kamu berkumpulan. Saya tak sabar menantikan kreativiti dan saya yakin kamu boleh bekerja dengan lebih baik bersama," - Datuk Syafinaz Selamat.
Gurindam Jiwa - Iskandar Ismail
"Saya rasa kamu sepatutnya boleh buat lebih baik dari ini, namun, Ia bukanlah perkara buruk. Kamu ada enjin yang tersendiri. GV12 adalah platform yang terbaik untuk kamu berkarya agar kamu akan didengari orang.
"Enjin kamu sangat bagus tetapi kamu perlu tau bagaimana untuk menggunakannya sebaik mungkin. Saya tak salahkan kamu sebab pasti kamu gementar. Cuma, kamu perlu lebih peka. Peluang di pentas ini berbeza, jadi guna sebaik mungkin," - Datuk Ramli M.S.
Rindu - Shae
"Kamu sangat menghiburkan dari segi penampilan yang terapi. Kamu jangan malu-malu dan teruskan belajar. Ini sebuah platform yang besar dan berjiwa gen-z. Jangan malukan Indonesia," - Hetty Koes Endang.
Terasing Di Bumi Sendiri - Shy8
"Dari aspek nyanyian, kamu perlu fokus lebih pada elemen utama seperti intonasi dan kurangkan beri tumpuan pada vocal styling. Kamu boleh lenggok tetapi perlu fokus pada aspek itu dahulu. Namun, saya suka Shy8 sebab kamu membawa elemen lakonan dalam nyanyian," - Datuk Syafinaz Selamat.
Pergilah Sayang - Korie
"Ada satu perkara yang kamu mungkin akan terlepas pandang bila ada minggu duet. Pentas ini milik kamu. Sepatunya kamu perlu beri 70 peratus nyanyian, tetapi nampak seperti Ella yang bertanding. Kamu perlu lebih banyak menyanyi dari dia. Kamu juga perlu menambah baik keceriaan di atas pentad. Saya tahu minggu pertama memang agak gugup tetapi perlu take note kamu yang bertanding," - Datuk Ramli M.S.
Pencuri - Mark Adam
"Bagi saya, semasa sidang media pun sama dengan persembahan hari ini. Suara dan persembahan kamu konsisten cuma ada satu bahagian vokal itu, kamu perlu lebih berhati-hati," - Hetty Koes Endang.
Sandiwara Cinta - Ruri Repvblik
"Suara dan ton kamu sangat bagus. Namun, hati-hati di hujung fronso, nadanya ada sedikit menurun. Pastikan pitch kamu stabil," - Datuk Syafinaz Selamat.
Siapa Di Hatimu - Rahmat Ekamantra
"Kita ada banyak kategori penyanyi. Kamu tak boleh tiru gaya orang lain dan orang lain pun tidak boleh meniru gaya kamu. Kamu sangat tenang di atas pentas. Kamu menyanyi dengan gaya kamu yang tersendiri. Jangan salah pilih lagu," - Datuk Ramli M.S.
Berikut adalah keputusan penuh peserta GV11 mengikut ranking:
