Skip to main content

Selebriti

Ernie Zakri Anggap Muzik Universal, Lagu Raya Tak Perlu Dipertikai - "Yang Tak 'Feel' Cari Lain"

Astrogempak

Sekilas

  • Ernie Zakri menasihatkan orang ramai untuk menikmati lagu raya mengikut citarasa masing-masing dan mencari lagu lain jika tidak berkenan.
  • Beliau memberi contoh lagu raya Amy Mastura yang pada zamannya dianggap moden tetapi tetap diterima masyarakat.
  • Ernie menegaskan muzik adalah universal dan tidak patut dihakimi sebagai betul atau salah supaya kreativiti pengkarya tidak terhad.

Penyanyi, Ernie Zakri berkongsi pandangannya mengenai trend dan penerimaan lagu raya masa kini yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan pendengar.

Menerusi ciapan di Threads, Ernie menasihatkan orang ramai agar menikmati sahaja setiap lagu yang didendangkan. Namun, jika ia tidak menepati citarasa, dia mencadangkan agar pendengar mendengar lagu lain.

"Lagu raya mana-mana pun okay. Nikmati sahaja lagu yang sesuai dengan citarasa. Yang tak 'feel', kita cari lagu lain," tulisnya.

Pelantun lagu Ku Bersuara itu turut memberi contoh lagu raya nyanyian Amy Mastura yang dianggap agak moden pada zamannya, namun masih diterima baik oleh masyarakat.

"Kalau zaman dahulu, lagu raya 'Setahun Sekali' Amy Mastura agak moden jika dibanding dengan karya lain tetapi tetap diterima masyarakat," ujarnya.

Dalam masa sama, Ernie turut berpandangan bahawa muzik bersifat universal dan tidak sepatutnya menentukan sama ada sesebuah lagu itu betul atau salah kerana bimbang ia boleh menghadkan kreativiti para pengkarya.

"Muzik ini sangat universal. Jika kita nak tentukan sesuatu itu betul atau salah, takut nanti menghadkan idea sang pengkarya. Baju raya kita pun citarasa berlainan, apatah lagi muzik. Enjoy sahaja. Raya ini kita gembira," kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan penyanyi kesayangan ramai itu dan berpandangan bahawa setiap lagu raya perlu diraikan walaupun mempunyai gaya yang berbeza

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Dress Hannah

Dress Hannah

Kurta Patih Kosong Relaxed Fit

Kurta Patih Kosong Relaxed Fit

Viral Sampul Raya 5pcs 2026

Viral Sampul Raya 5pcs 2026

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement