Skip to main content

Selebriti

Drama Asyik Kena Kecam, Erma Fatima Merajuk - "Aku Chaw Dulu..."

Erma Fatima merajuk

Pengarah terkenal, Erma Fatima meluahkan rasa kecewanya selepas berdepan kecaman netizen berhubung terbitan drama terbaharunya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Erma dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seakan membawa diri dengan penuh rasa terkilan.

"Asyik kena kecam je, aku chaw dulu lah.

"Nanti dah keluar full drama, korang sambung kecam ok. Bye," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memujuk dan menitipkan kata-kata semangat buat Erma supaya terus kuat berdepan dugaan.

"Merajuk ke mak?, Erma tak boleh puaskan hati semua orang.

"Saya tak akan kecam karya seni seseorang kerana nak dapatkan ilham itu bukan mudah. Saya hargai bakat.

"Takpe kak, mereka yang kecam ni pun sebenarnya tak sabar nak tengok.

"Jangan la merajuk lama-lama ya cepat balik.

"Saya tak kecam drama Erma. Saya suka semuanya sebab lain dari yang lain. Dah bosan sangat dengan drama seperti ibu mertua benci menantu," komen netizen.

Terdahulu, drama terbaharu arahannya berjudul Pondan menerima kritikan selepas ada dakwaan mengatakan salah seorang pelakon terbabit pernah terlibat dengan penjualan video seks.

Sekadar info, drama ini bakal ditayangkan tidak lama lagi dan menampilkan pelakon seperti Hariz Hamdan dan Datuk Tarmimi Siregar.

Advertisement

Must-Watch Video