Skip to main content

Selebriti

Ditidurkan Di ICU, Zalif Sidek Mohon Doa Buat Along Eyzendy - "Baru Dapat Perkembangan..."

along icu

Sekilas

  • Pelakon Along Eyzendy kini dirawat di ICU Hospital Serdang dan sedang ditidurkan sementara waktu akibat komplikasi kesihatan.
  • Along dimasukkan ke wad selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan, dengan doktor mengesyaki jangkitan pada stent saluran hempedu.
  • Rakan artis dan netizen ramai mendoakan kesembuhan Along serta memberi sokongan moral kepada isterinya, Hamidah.

Pelakon, Zalif Sidek memaklumkan bahawa rakannya yang juga aktor, Along Eyzendy kini sedang dirawat di unit ICU Hospital Serdang.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zalif berkongsi bahawa Along atau nama penuhnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz terpaksa ditidurkan buat semenatara waktu.

"Assalamualaikum semua. Minta doakan kesihatan sahabat kita @alongeyzandy baru dapat perkembangan daripada isteri along.

"Along telah ditidurkan buat masa sekarang dan berada di ICU Hospital Serdang," tulisnya.

Dalam masa sama, Zalif turut memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan Along sambil menitipkan kata-kata semangat buat isterinya, Hamidah atau lebih dikenali sebagai Amy.

"Kita doakan agar along kuat untuk bangun.

"@alongeyzandy jangan putus berdoa dan terus kuat Amy," ujarnya.

Sementara itu, menurut petikan Harian Metro, Along mula dimasukkan ke wad pada Jumaat minggu lalu akibat demam dan batuk berpanjangan sebelum doktor mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedunya.

Isterinya turut menjelaskan hasil pemeriksaan ultrabunyi mendapati terdapat bengkak dan takungan nanah pada pundi hempedu suaminya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Along sekeluarga.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement