Sekilas
- Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod kelapan menampilkan Inspektor Sani dan Saiful memasak menu seperti nasi lemak sambal sotong dan badak berendam.
- Resipi lengkap untuk kedua-dua hidangan tersebut dikongsi dalam program, menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama untuk menambah rasa.
- Program ini disiarkan di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan dan turut mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu dari program tersebut.
Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod kelapan yang lebih mencuit hati.
Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Saiful (Saiful Apek) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah, nasi lemak sambal sotong dan badak berendam
Drama apa yang akan terjadi antara Saiful dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI LEMAK SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN:
1kg Beras Basmathi
1 cawan Susu GOODDAY
1 liter Air
3 helai Daun pandan
2 inci Halia (diketuk)
3 biji Bawang merah kecil
1 sudu makan Garam
2 sudu makan Serbuk perasa
Telur rebus, Ikan bilis, Kacang tanah, Timun
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh dan rendam beras basmathi selama 30 minit. Toskan beras apabila cukup masa.
2. Campur semua bahan di dalam periuk dan masak dengan api besar. Gaul.
3. Gaul sekali-sekala untuk hasil lebih cantik.
4. Apabila mendidih dan agak kering, tukarkan suhu kepada api perlahan selama 5 minit.
5. Tutup api dan biar ia masak di dalam stim sendiri selama 10 minit.
6. Hidang.
SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN:
2 ekor Sotong kembang basah
1kg Cili boh
10 biji Bawang merah kecil
1 inci Halia
2 inci Belacan
1 ketul Gula melaka
500ml Air
2 sudu makan Air asam jawa
3 biji Cili hijau ( dibelah memanjang)
CARA PENYEDIAAN
1.Kisar halus bawang merah, halia, dan belacan.
2.Tumis bahan kisar bersama cili boh dan gula melaka sehingga pecah minyak. Kacau sekata dan pastikan tidak melekat sepanjang proses menumis.
3.Masukkan sotong kembang yang telah dipotong dan masak lagi sehingga sambal menjadi pekat.
4.Masukkan air asam jawa, cili hijau, dan air. Masak lagi sehingga pekat.
5.Perasakan.
6.Hidang.
#2 BADAK BERENDAM
BAHAN-BAHAN:
Inti Kelapa:
2 cawan Kelapa parut
½ cawan Gula melaka
3 sudu makan Gula putih
1 sudu makan Air
1 sudu makan Tepung gandum
Secubit Garam
Kuah Santan:
2 cawan Susu GOODDAY
2 cawan Air
1/3 cawan Tepung beras
1 sudu Garam
1 helai Daun pandan
Adunan Tepung:
2 cawan Air
2 cawan Tepung pulut
Sedikit Garam
Pewarna merah dan hijau
CARA PENYEDIAAN:
1. Masak kelapa parut, gula merah, gula putih, dan garam sehingga semua gula cair. Gaul sebati.
2. Letak air dan tepung gandum kemudian masak sehingga pekat.
3. Untuk kuah, campur semua bahan dan masak sehingga likat.
4. Untuk adunan tepung, tuang air sedikit-sedikit ke dalam bancuhan tepung dan garam sehingga dapat tekstur doh yg diingini. Jikalau kurang air, boleh tambah lagi.
5. Ambil adunan tepung sedikit dan bulatkan. Leperkan dan letak isi kelapa tadi ke dalam dan uli bulat semula.
6. Rebus adunan berinti tadi kedalam air mendidih.
7. Tunggu bebola timbul dan letak ke dalam kuah susu tadi.
8. Hidang.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.