Sekilas
- Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod 25 yang menampilkan Inspektor Sani dan Watie memasak menu seperti Nasi Kabsah Ayam dan Bubur Kacang Hijau.
- Resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama untuk menambah rasa pada hidangan yang disediakan.
- Penonton boleh menonton rancangan ini di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan dan juga membeli menu dari gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 bermula 19 Februari.
Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod 25 yang lebih mencuit hati.
Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Hajah Munah (Watie) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah, Nasi Kabsah Ayam dan Bubur Kacang Hijau.
Drama apa yang akan terjadi antara Hajah Munah dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI KABSAH AYAM
BAHAN-BAHAN:
A. Ayam Kuah:
1 ekor ayam (potong 8)
1 biji bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
2 biji tomato (potong dadu)
2 sudu besar pes tomato
2 sudu besar minyak
2 cup susu Goodday
1 cup air
Rempah Ayam Kuah:
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
½ sudu kecil serbuk kayu manis
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 keping daun bay
½ sudu besar Garam
CARA PENYEDIAAN:
B. Cara Masak Ayam & Kuah:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar & bawang putih.
2. Masukkan tomato & pes tomato, masak hingga hancur.
3. Masukkan semua rempah & daun bay.
4. Masukkan ayam + garam, gaul rata.
5. Tambah susu Goodday dan air, reneh hingga ayam empuk.
6. Angkat ayam dan baked sehingga golden brown, asingkan kuah (untuk nasi).
C. Bahan Nasi:
4 cup beras basmati
4½ cup kuah ayam (dari langkah B)
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
½ sudu kecil garam
2 sudu besarbutter
D. Cara Masak Nasi:
1. Basuh & rendam beras basmati 20 minit, tos.
2. Masukkan beras, air rebusan ayam & semua rempah nasi.
3. Masak hingga nasi kering & berderai.
#2 BUBUR KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
500gram Kacang hijau (basuh & rendam 3 jam)
3 cup Air
2 cup Almond milk
½ cawan Gula pasir
1 biji kecil Gula melaka
½ cup Barli
3 helai Daun pandan
¼ sudu kecil Garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus kacang hijau dan barli bersama air hingga empuk & pecah.
2. Masukkan daun pandan, gula melaka, gula & garam.
3. Tuang susu Almond milk, kacau perlahan.
4. Reneh api kecil 5–10 minit hingga bubur pekat & berkrim.
5. Tutup api & rehatkan sekejap sebelum hidang.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.