Sekilas
- Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani kembali dengan episod kesembilan yang menampilkan Inspektor Sani dan Ayez Shaukat memasak menu seperti nasi kerabu ikan goreng dan agar-agar santan susu.
- Resipi lengkap disediakan menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama, menambah kelazatan hidangan yang dipersembahkan dalam program ini.
- Program ini disiarkan di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan mulai 18 Februari jam 5.30 petang dan turut mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 bermula 19 Februari.
Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod kesembilan yang lebih mencuit hati.
Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Paan Dalang (Ayez Shaukat) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah, nasi kerabu ikan goreng dan agar-agar santan susu
Drama apa yang akan terjadi antara Paan Dalang dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI KERABU IKAN GORENG
BAHAN-BAHAN:
1kg Beras basmathi
1 liter Air
2 sudu makan Bunga telang kering
1 sudu makan Susu GOODDAY
3 tangkai Serai (diketuk)
5 helai Daun limau
2 cawan Kelapa parut sangai
2 ekor Ikan kembung (rebus dan carik)
1 inci Halia
4 biji Bawang merah kecil
2 batang Serai
¼ sudu teh Lada hitam
1 sudu makan Gula melaka (dihiris)
4 ulas Bawang putih
3 biji Bawang merah kecil
1 inci Halia
1 sudu makan Cili boh
1 cawan Air
2 batang Serai (diketuk)
3 helai Daun limau
1 cawan Susu GOODDAY
1 cawan Santan pekat
1 sudu makan Budu
1 keping Asam keping
Kobis, Daun kesum, Kacang panjang, Bunga kantan
3 ekor Ikan kembung
1 ½ cawan Tepung beras
½ cawan Tepung jagung
1 biji Telur
Garam
1 sudu teh Serbuk kunyit
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1.Basuh dan rendam beras basmathi selama 30 minit. Tos kering selepas itu.
2.Didihkan air dan masukkan bunga telang kering. Biarkan selama 30 minit sehingga warna keluar.
3.Satukan beras basmathi yang telah ditos bersama air bunga telang, Susu GOODDAY, serai yang diketuk dan daun limau, kemudian masak sehingga nasi tanak.
4.Untuk serunding kelapa ikan, kisar secara berasingan kelapa parut sangai dan isi ikan kembung yang telah direbus dan dicarik.
5.Kisar halus halia, bawang merah kecil, serai, lada hitam dan gula melaka tanpa menggunakan air.
6.Gaul sebati bahan kisar tersebut bersama kelapa parut sangai dan isi ikan kembung di dalam satu mangkuk sehingga menjadi serunding.
7.Untuk kuah tumis, kisar halus bawang putih, bawang merah kecil, halia, cili boh dan air. Tumis sehingga pecah minyak.
8.Masukkan serai yang diketuk, daun limau, Susu GOODDAY, santan pekat dan asam keping. Masak sehingga kuah sedikit pekat.
9.Keluarkan asam keping dan masukkan budu. Kacau rata.
10.Untuk ikan goreng tepung, bancuh tepung beras, tepung jagung, telur, garam dan serbuk kunyit bersama air secukupnya sehingga mendapat bancuhan agak pekat.
11.Celup ikan kembung ke dalam bancuhan dan goreng sehingga masak dan keemasan.
#2 AGAR-AGAR SANTAN SUSU
BAHAN-BAHAN:
Agar-agar Pandan:
2 paket Serbuk agar-agar clear
150 gram Gula kastor
1100 ml Air
50 gram Pandan emulco
Agar-agar Susu:
1 paket Serbuk agar-agar clear
150 gram Gula kastor
1 sudu makan Tepung jagung
800 ml Susu GOODDAY
Garam
1 helai Daun pandan
CARA MEMASAK
1.Untuk lapisan agar-agar pandan, campur serbuk agar-agar clear, gula kastor, air dan pandan emulco kemudian didihkan seketika. Pastikan gaul sentiasa supaya tidak melekat di dasar periuk.
2.Untuk lapisan agar-agar susu, campur serbuk agar-agar clear, gula kastor, tepung jagung, Susu GOODDAY, garam dan daun pandan kemudian masak sehingga mendidih.
3.Basahkan sedikit bekas yang akan diisi untuk memudahkan keluarkan agar-agar yang telah siap nanti.
4.Mulakan dengan lapisan susu, tuang bancuhan agar-agar susu ke dasar bekas dan buat sedikit corak seperti dalam video.
5.Buat lapisan pandan pula dan lakukan corak juga.
6.Ulang proses untuk lapisan kedua dan biarkan seketika sehingga sedikit keras.
7.Apabila sudah agak keras, teruskan proses yang sama untuk lapisan seterusnya dan biarkan keras juga.
8.Setelah selesai semua lapisan, sejukkan selama 4 jam atau semalaman.
9.Hidang.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiInspektorSani #GempakOriginalSeries #GooddayMilkMY #DariSkrinKePinggan di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads, Facebook akaun Gempak.