Sekilas
- Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' episod keempat menampilkan Inspektor Sani dan Sarjan Ain memasak menu Nasi Ayam Hainan dan Kuih Seri Muka Susu.
- Resipi lengkap kedua-dua menu menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama dan boleh dicuba sendiri di rumah.
- Program ini disiarkan di Astro Ria sepanjang Ramadan dan turut mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 bermula 19 Februari.
Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod keempat yang lebih mencuit hati.
Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Sarjan Ain (Isyariana) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah, Nasi Ayam Hainan dan Kuih Seri Muka Susu.
Drama apa yang akan terjadi antara Sarjan Ain dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 Nasi Ayam Hainan
1 ekor Ayam
1 kg Beras
2 sudu makan Minyak masak
3 sudu makan Marjerin
5 biji Bawang merah
5 ulas Bawang putih
3 inci Halia
5 tangkai Serai (diketuk)
4 helai Daun pandan
1 tangkai Kayu manis
2 biji Bunga lawang
5 ketul Leher ayam
3 ketul Akar ketumbar
1 liter Air rebusan ayam
250 ml Susu Goodday Full Cream
3 sudu teh Garam
1 sudu makan Serbuk perasa ayam
Taugeh, timun, tomato, daun ketumbar
Kicap cair, minyak bijan
Sos Cili Hainan
12 biji Cili merah
6 biji Cili api merah
3 ulas Bawang putih
1 inci Halia
2 sudu makan Gula
4 sudu makan Cuka putih
1 sudu makan Air rebusan ayam
1 sudu teh Garam
CARA MEMASAK
Basuh beras dan toskan.
Kisar halus bawang merah, bawang putih dan halia, kemudian tumis di dalam minyak masak dan marjerin sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan serai, daun pandan, kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga wangi.
Tuang air rebusan ayam, susu Goodday Full Cream, garam dan serbuk perasa ayam serta masukkan beras.
Gaul sebati dan masak sehingga nasi tanak.
Hidang bersama taugeh, timun, tomato, daun ketumbar serta kicap cair dan minyak bijan.
Untuk sos cili Hainan, campur semua bahan dan kisar halus. Hidang.
#2 Kuih Seri Muka Susu
500gram Beras pulut
500ml Susu Goodday Full Cream A
1 helai Daun pandan
½ sudu teh Garam
2 cawan Tepung gandum
2 cawan Susu Goodday Strawberry
1 cawan Santan
1 cawan Gula kastor B
2 biji Telur
1 sudu makan Emulco strawberi
1 titik Pewarna merah
Secubit Garam
CARA MEMASAK
Panaskan pengukus.
Basuh dan rendam beras pulut selama 2 jam. Cukup masa, tos kering beras pulut.
Dalam bekas 7x7, campurkan beras pulut bersama Susu Goodday Full Cream, daun pandan dan garam, gaul sebati dan kukus sehingga masak.
Untuk bahagian atas kuih, campurkan tepung gandum, Susu Goodday Strawberry, santan, gula kastor, telur, emulco strawberi, pewarna merah dan secubit garam. Gaul sebati dan tapis.
Sesudah pulut masak, keluarkan daripada pengukus dan gaul rata. Tekan dan ratakan pulut tadi di dalam bekas yang sama untuk menjadi ‘bawah kuih’.
Tuang bancuhan bahagian atas tadi ke atas pulut dan tutup bekas menggunakan aluminium foil bagi mengelakkan air kukus menitik ke atas kuih.
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dahulu selepas siap dikukus sebelum dipotong.
Hidang.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.