Skip to main content

Viral

Daging Kucing & Anjing Dijual Sebagai Makanan, Indonesia Bakal Haramkan

anjing

Pihak berkuasa Indonesia dalam persediaan untuk mengubal undang-undang mengharamkan penjualan daging kucing dan anjing yang dijual sebagai hidangan.

Gabenor Jakarta, Pramono Anung mengumumkan pada awal bulan ini, undang-undang tersebut akan dilaksanakan sebagai langkah mengharamkan penjualan daging kucing dan anjing di republik tersebut yang mendapat permintaan dalam kalangan pemakannya.

Advertisement

Pengumuman tersebut disambut baik oleh aktivis haiwan, lapor The Independent.

Daging kucing mendapat permintaan tinggi di beberapa daerah di Indonesia berbanding daging anjing yang dijual dalam skala lebih besar kepada penggemar yan menggelarnya sebagai ‘Scooby Doo’.

“Penjualan daging anjing mendapat permintaan yang tinggi dan menjadi situasi yang membimbangkan di Jakarta. Ia perlu secara dibendung dan diharamkan,” ujar kenyataan yang dikeluarkan gabenor.

Dipercayai sebanyak 9,500 daging anjing dijual dalam tempoh sebulan di Jakarta dengan 97 peratus diambil daripada Barat Java.

Namun kini penjualan daging anjing dilihat merosot kerana generasi sekarang yang menjadikan ia haiwan peliharaan.

Must-Watch Video

Advertisement