BMF The Aesthetics People (dahulunya Bella Marie France) dan Svenson tampil memperkenalkan kempen 'Still Me With More', yang menyeru masyarakat menjadikan penjagaan diri sebagai keperluan harian dan bukan sekadar kemewahan.
Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia, kempen ini menekankan keseimbangan antara kecantikan dan kesejahteraan mental.
Advertisement
Pelancaran di Intermark Mall itu turut menampilkan panel istimewa seperti Prof. Dr. Azmawaty, Ezzanie Jasny, dan Datuk Fazley Yaakob yang berkongsi pandangan tentang pengurusan tekanan serta kepentingan falsafah 'Reset, Recharge, Recover'.
Menurut CEO BMF, Amy Quek, dia menegaskan bahawa kecantikan sebenar bermula dari dalaman.
“Kesihatan mental amat penting kerana tanpa keyakinan dari dalam, sukar untuk kita melihat nilai diri sendiri. Tiada rawatan wajah yang dapat menggantikan keyakinan yang datang dari hati," katanya.
Bagi Azmawaty pula dia amat menekankan bahawa walaupun kesedaran terhadap kesihatan mental semakin meningkat, namun stigma masyarakat mengenai kecantikan masih wujud.
Dia menggalakkan masyarakat untuk lebih empati serta mengamalkan langkah penjagaan diri seperti meditasi dan menetapkan sempadan peribadi.
Sementara itu, Ezzanie turut berkongsi bahawa tekanan media sosial boleh menjejaskan keyakinan diri, namun dia mengekalkan keseimbangan dengan menjadi autentik dan sentiasa bersyukur.
“Kini, kecantikan bukan lagi tentang kesempurnaan tapi tentang keselesaan dan keyakinan dalam diri sendiri,” ujarnya.
Dalam masa sama, Fazley turut berkongsi cara mengekalkan ketenangan dan fokus meskipun sibuk dengan pelbagai peranan sebagai bapa, cef dan usahawan.
“Kesihatan mental bukan tanda kelemahan, tetapi perjalanan berterusan ke arah keseimbangan dan penambahbaikan diri,” katanya.
BMF dan Svenson, dua jenama dengan pengalaman lebih 60 tahun dalam bidang kecantikan dan trikologi, turut memperkenalkan program 8-Minggu Self-Care Edit iaitu siri rawatan khas untuk kulit, badan dan rambut yang membantu pelanggan Reset, Recharge, Recover.
Melalui kempen 'Still Me With More', BMF x Svenson menyampaikan mesej penting iaitu versi terbaik diri lahir dari kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.