Skip to main content

Selebriti

Beri Kesan Mendalam, 4,000 Peminat Jadi Saksi Kehebatan Tiga Suara Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito

Konsert

Sekilas

  • Konsert Malam 3 Suara di Idea LIVE Arena Kuala Lumpur menarik kira-kira 4,000 peminat dengan persembahan lebih dua jam oleh Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito.
  • Setiap artis mempersembahkan segmen solo sebelum bergabung dalam kolaborasi khas, membawakan lebih 20 lagu balada dan cinta yang menyentuh jiwa penonton.
  • Konsert ini menandakan kejayaan penganjuran acara muzik rentas negara dan membuka peluang untuk lebih banyak kolaborasi serantau pada masa depan.

Konsert Malam 3 Suara yang berlangsung di Idea LIVE Arena, Kuala Lumpur, malam tadi berjaya meninggalkan kesan mendalam kepada kira-kira 4,000 peminat yang membanjiri arena tersebut bagi menyaksikan kehebatan gandingan tiga vokal terkenal Indonesia iaitu Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito.

Dengan durasi persembahan melebih dua jam, konsert tersebut nyata menghiburkan dan membelai jiwa, membawa penonton menyelami perjalanan emosi menerusi rangkaian lagu balada, cinta dan harapan yang disampaikan dengan penuh penghayatan.

Dibawakan oleh Strategy X Entertainment Sdn. Bhd, ‘Malam 3 Suara’ bukan sekadar sebuah konsert, sebaliknya sebuah naratif muzik yang menyatukan tiga identiti vokal berbeza dalam satu malam istimewa.

Setiap artis tampil dengan segmen solo tersendiri sebelum bergabung dalam persembahan duet dan kolaborasi khas yang hanya dipersembahkan pada malam tersebut.

Dengan lebih 20 lagu dipersembahkan, gabungan kelembutan vokal Anggi Marito, emosi mendalam Fabio Asher serta pesona dan tenaga Rizky Febian mencipta sebuah harmoni yang menyentuh perasaan penonton dari pelbagai lapisan usia.

Menurut wakil penganjur, kejayaan konsert ini membuktikan bahawa muzik yang jujur dan berjiwa mampu merentasi sempadan serta menghubungkan emosi antara artis dan penonton.

“Sambutan luar biasa daripada 4,000 penonton malam ini amat bermakna buat kami. ‘Malam 3 Suara’ berjaya mencapai matlamatnya sebagai sebuah konsert yang bukan sahaja menghiburkan, malah membelai jiwa dan meninggalkan kenangan indah,” ujar wakil penganjur.

Konsert ini sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam penganjuran acara muzik rentas negara, serta membuka ruang untuk lebih banyak kolaborasi serantau pada masa akan datang.

Sebagai rekod, antara lagu yang dibawakan oleh Rizky Febian termasuk Seperti Kisah, Kesempurnaan Cinta, Terlukis Indah dan Selama Kau Bernafas.

Sementara itu, Fabio Asher menghiburkan peminat menerusi lagu Bertahan Terluka, Aku Berjanji, Berharap Kau Kembali dan Cuek, selain beberapa karya popular lain.

Anggi Marito pula melengkapkan malam tersebut dengan persembahan lagu Cara Mencintaimu, Kisah Penuh Kecewa, Aku Bukan Untukmu, Cukup Pergi Saja, Tak Segampang Itu, selain beberapa lagu kolaborasi bersama Rizky Febian dan Fabio Asher.

Must-Watch Video

Advertisement