Sekilas
- Azrul Zaidi berkongsi pandangan tentang budaya uji bakat dalam industri seni Malaysia yang kurang diminati kerana kekurangan pengarah uji bakat yang memahami dan menghormati bakat pelakon.
- Beliau menegaskan pentingnya pasukan uji bakat yang betul-betul tahu dan menghargai bakat untuk menarik lebih ramai pelakon menyertai sesi uji bakat.
- Azrul juga menyatakan uji bakat sepatutnya membuka peluang kepada pelakon untuk mendapat watak yang lebih sesuai dan memuaskan berdasarkan penilaian pengarah.
Pelawak dan pengacara, Azrul Zaidi berkongsi pandangannya mengenai budaya uji bakat dalam industri seni tanah air.
Menerusi perkongsian di Threads, Azrul atau nama penuhnya Asrul Zaidi Jamaluddin berkata, ramai individu tidak mahu menyertai sesi uji bakat kerana kurangnya kehadiran pengarah uji bakat atau tenaga produksi yang benar-benar memahami serta menghormati bakat para pelakon.
"Budaya uji bakat lakonan kita ini orang tak nak sertai sebab kita tiada pengarah casting atau pasukan yang betul-betul tau dan hormat talent," tulisnya.
Azrul turut berkata sesi uji bakat sepatutnya membuka peluang lebih luas kepada pelakon, termasuk kemungkinan ditawarkan watak lain yang lebih sesuai berdasarkan penilaian pengarah.
"Sepatutnya casting ini akan memberikan suatu kepuasan sebab kadang-kadang kita akan pergi cast watak lain tetapi dapat watak yang lebih baik sebab pengarah nampak bakat kita," ujarnya.