Pelakon, Atikah Suhaimie meluahkan rasa pelik mengapa masih ada segelintir individu memilih untuk membeli barang menggunakan kaedah cash on delivery (COD) berbanding pembayaran secara dalam talian.
Menerusi perkongsian di Threads, Atikah berpendapat kaedah pembelian secara online jauh lebih mudah kerana tidak memerlukan pelanggan keluar untuk membuat bayaran kepada penghantar.
"Boleh ke nak tahu kenapa awak semua suka beli barang guna COD? Saya rasa macam COD susah sebab awak kena keluar kasi abang courier wang tunai. Kan ada online, beli sahajalah online,"tulisnya.
Dalam masa sama, dia turut mendakwa terdapat kes melibatkan penghantar yang memulangkan semula barang dan memberi alasan pelanggan tiada di rumah.
Banyak kali juga kes pelanggan beli COD tetapi abang courier malas hantar dan cakap pelanggan tiada di rumah. Akhir sekali, banyak barang yang return. Kenapa eh?Beli online kan lebih mudah dari COD,"katanya.