Pelakon, Datin Atikah Suhaime dilihat membalas pertanyaan seorang individu di Threads mengenai bila seseorang itu benar-benar bersedia untuk mempunyai anak.
Menjawab persoalan itu, Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaime berkata dia sendiri tidak tahu bila dirinya benar-benar bersedia kerana kehamilan berlaku secara tidak dijangka.
"Tak tahu, tiba-tiba sahaja saya mengandung,"tulisnya.
Tambah pelakon filem My Stupid Boss itu, dia juga tidak merasai sebarang perasaan istimewa sepanjang kehamilan sehinggalah selepas melahirkan anak.
"Sejujurnya, saya tiada perasaan dekat bayi sampai lah saya bersalin baru saya ada rasa sayang sangat kat bayi,"ujarnya lagi.
Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai apabila rata-rata netizen, khususnya dalam kalangan ibu, bersetuju dengan kenyataan itu dan berkongsi pengalaman yang sama.
Sekadar rekod, Atikah dan suaminya, usahawan Datuk Lokman Teh mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2024.
Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Mulan yang kini berusia setahun.