Skip to main content

Viral

Akui Gurauan ‘Sama-Sama Banduan’ Dengan PMX Tak Sesuai, PU Rahmat Mohon Maaf - “Saya Belajar Untuk…”

Akui Gurauan Sama-Sama Banduan Dengan PMX Tak Sesuai, PU Rahmat Mohon Maaf

Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat, memohon maaf sekiranya gurauan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pentas Himpunan Solidariti Gaza dianggap tidak bersesuaian.

Rahmat, 32, membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial miliknya pada Rabu.

Advertisement

Rahmat menjelaskan bahawa gurauan yang diberikan kepada Perdana Menteri itu dibuat dalam konteks ringan dan tidak berniat untuk menyinggung sesiapa.

“Maaf jika gurauan "sama-sama banduan" tidak bagus kerana PMX juga bergurau dengan saya gurauan yang sama,” coretnya.

Dalam hantarannya yang sama, Rahmat berkata dia akan lebih berhati-hati menjaga pertuturan selepas ini.

“Kadang kita kena belajar seperti PMX yang humoris. Apa pun saya juga belajar tidak bergurau begitu,” maklumnya.

Terdahulu, PU Rahmat diberi penghormatan untuk menjadi aktivis pertama menyampaikan ucapan di Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang berlangsung di Axiata Arena pada Rabu.

Bagaimanapun orang ramai terkejut apabila secara tiba-tiba Rahmat berseloroh dan menyatakan persamaannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah sama-sama bekas banduan.

Rahmat merupakan antara 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh tentera Zionis semasa dalam pelayaran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla sebelum dibawa ke Penjara Ketziot di Gurun Negev baru-baru ini.

Must-Watch Video

Advertisement