Skip to main content

Berita Tempatan

Ahmad Maslan Terima PhD Komunikasi, Kongsi Cabaran Ketika Covid-19 - "Pernah Berhenti R&R Untuk ..."

ahmadmaslan_phd

Ringkasan AI

  • Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Komunikasi pada Majlis Konvokesyen Ke-38 Universiti Utara Malaysia (UUM).
  • Beliau antara 879 graduan yang diraikan pada sesi kedua majlis konvokesyen yang berlangsung di Dewan Mu'adzam Shah, Sintoh, Kedah.
  • Ahmad menzahirkan kesyukuran atas kejayaan menamatkan pengajian selepas empat tahun, termasuk menghadapi cabaran pandemik Covid-19 dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
  • Penelitian PhD beliau memberi fokus kepada komunikasi kerajaan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
  • Majlis konvokesyen UUM berlangsung dari 11 hingga 13 November dengan seramai 6,832 graduan menerima ijazah dalam sembilan sesi.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Komunikasi pada sesi kedua Majlis Konvokesyen Ke-38 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung di Dewan Mu'adzam Shah di Sintoh, Kedah, pada Isnin.

Ahmad, 59, antara 879 graduan yang menerima ijazah masing-masing pada sesi kedua majlis konvokesyen itu dengan pengurniaan ijazah itu disempurnakan Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis konvokesyen itu, Ahmad menzahirkan kesyukuran atas kejayaan beliau memperoleh PhD selepas empat tahun bersusah payah menamatkan pengajian dan berterima kasih kepada keluarga termasuk isteri selain pensyarah serta penyelia dan rakan-rakan.

"Hari ini hari konvokesyen yang merupakan hari bersejarah kepada saya dan keluarga.

"Semoga ini sedikit sebanyak boleh dijadikan teladan bahawa mencari ilmu adalah satu usaha sepanjang hayat, pendidikan adalah usaha sepanjang hayat...dan mudah-mudahan ia menjadi inspirasi kepada ramai pihak, saya suka universiti ini," katanya.

Ahmad berkata antara cabaran dihadapinya dalam tempoh pengajian empat tahun itu ialah semasa pandemik Covid-19 yang memerlukan beliau mengikuti kelas secara dalam talian, dan pada masa sama perlu menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

"Cabaran saya semasa Covid-19 saya kena kelas dalam talian. Masa saya balik kawasan kadang-kadang kena berhenti di R&R (kawasan Rehat dan Rawat) untuk mengikuti kuliah, selepas itu ada peperiksaan dua subjek utama iaitu Research Methodology dan Academic Writing.

"Alhamdulillah, kedua-dua subjek ini saya dapat A+, kemudian tentulah ada proses-prosesnya kena bentang kertas seminar antarabangsa, contohnya kena menulis, kemudian kena proposal defense, selepas itu kena buat Quantitative Analysis, menulis tesis, kemudian bertemu penyelia saya," katanya.

Ahmad menarik perhatian penyelidikannya untuk menyelesaikan pengajian peringkat PhD itu mengenai komunikasi kerajaan berhubung kait dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Sebanyak 6,832 graduan menerima ijazah masing-masing membabitkan sembilan sesi pada majlis konvokesyen yang bermula semalam hingga 13 November ini.

Sumber: Harian Metro

Must-Watch Video

Advertisement