Skip to main content

Selebriti

400 Murid Sertai Majlis Pelancaran Klinik Astro Kem Badminton (AKB) 2026, Gilap Bakat Badminton Muda Negara

WhatsApp Image 2026 04 27 at 3.18.48 PM

Sekilas

  • Astro Kem Badminton (AKB) 2026 bermula dengan klinik latihan pertama di Selangor, melibatkan 400 peserta muda berumur 10 hingga 12 tahun.
  • Program ini dianjurkan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membangunkan bakat badminton akar umbi dan membentuk sahsiah peserta.
  • Siri klinik akan diteruskan di Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Kuala Lumpur sebelum Kem Pemilihan AKB di Kuala Lumpur pada Julai 2026.

Astro Kem Badminton (AKB) kembali lagi bagi tahun 2026 dengan pelancaran klinik latihan AKB pertama di Selangor sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan untuk mengenal pasti dan membangunkan bakat badminton muda negara.

Astro dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menganjurkan program ini bagi memperkukuh pembangunan akar umbi sukan badminton di Malaysia.

Seramai 400 peserta muda menyertai majlis pelancaran dan klinik AKB 2026 yang berlangsung di sebuah sekolah di Selangor pada 22 April 2026 dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Sehingga kini, AKB telah melatih lebih daripada 23,000 kanak-kanak, sekali gus menegaskan komitmennya terhadap pembangunan belia bersempena ulang tahun ke-13 penubuhannya sejak 2012.

Klinik ini dibuka kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur antara 10 hingga 12 tahun, dengan tetapan latihan yang sama bagi memastikan peluang yang adil dan saksama untuk semua peserta.

Pengarah Komunikasi dan Kelestarian Astro, Puan Foo Su Lynn turut meluahkan penghargaannya berkolaborasi bersama Astro dan KPM.

"Matlamat kami adalah untuk membentuk generasi muda Malaysia yang bukan sahaja cemerlang dalam sukan, malah kami ingin membina generasi yang berkembang sebagai individu yang beradab, berpengetahuan, berkemahiran, berdaya tahan dan yakin diri.

"Menerusi penglibatan jurulatih tempatan yang dilantik oleh KPM di setiap negeri, serta penerokaan lokasi baharu seperti Miri, kami berharap Astro Kem Badminton dapat memperluas jangkauan programnya ke seluruh negara,"ujarnya.

Selepas Selangor, siri klinik latihan AKB 2026 akan diteruskan di empat negeri lain seperti berikut:

Pulau Pinang (25–26 April) – Kompleks Sukan Relau

Johor (2–3 Mei) – Kompleks Sukan Daiman Johor Jaya

Sarawak (9–10 Mei) – Tung Sports, Miri

Kuala Lumpur (15–17 Mei) – Arena Sukan Kuala Lumpur

Di setiap lokasi, para peserta akan menjalani sesi latihan intensif yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman.

Selain memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran teknikal seperti pergerakan, koordinasi dan pemahaman permainan, program ini turut menekankan pembentukan sahsiah peserta termasuk daya tahan, disiplin dan tahap keyakinan diri.

Setiap klinik akan diakhiri dengan perlawanan persahabatan di antara para peserta bagi membolehkan mereka menerapkan kemahiran yang telah dipelajari.

Peserta terbaik dari setiap negeri akan dipilih untuk menyertai Kem Pemilihan AKB yang akan berlangsung selama lima hari di Kuala Lumpur pada Julai 2026.

Peserta yang terpilih di Kem Pemilihan AKB di Kuala Lumpur seterusnya berpeluang untuk menyertai Kem Latihan Serantau yang akan diadakan pada Disember 2026.

Kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun (lahir antara 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2016) yang berminat boleh menyertai program ini dengan mendaftar melalui pautan pendaftaran atau mengimbas kod QR yang disediakan.

https://www.astro.com.my/astrokembadminton

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement