Skip to main content

Budaya Popular

Warna Unik Mata Kucing Kilafairy Jadi Perhatian - “Handsomenya Taka, Terima Kasih Sebab Selamatkan & Bela Dia Dari Dibuang”

astro_gempak_warna-unik-mata-kucing-kilafairy-jadi-perhatian-handsomenya-taka-terima-kasih.jpg
Pelakon, Kilafairy mendapat perhatian netizen selepas memperkenalkan kucing peliharaan baharunya yang diberi nama Taka kepada umum.
 

Warna anak mata kucing unik

Menurut Kilafairy atau lebih mesra dengan panggilan Kila, kucing itu telah ditemui dan diselamatkan selepas disyaki dibuang ditepi jalan.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah selain comel, anak mata Taka juga unik kerana memiliki dua warna yang berbeza atau dikenali sebagai 'odd-eyed cat'. 

“Inilah si comel baru saya, Taka. Mama akan sangat-sangat sayangkan kamu sayang. Tengoklah gambar terakhir tu.

“Tengok macam mana orang buang mereka dalam hujan. Sedihnya… Tapi tak apa sayang, sekarang kamu selamat dengan mama.


“Terima kasih, @soniaahorann kerana menyelamatkan anak-anak kucing yang ditinggalkan!” tulisnya.

Semantara itu, di ruangan komen-rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Kila dan penyelamat kerana menyelamatkan nyawa kucing tersebut.

Malah mereka juga memuji kecantikan warna anak mata Taka selain mendoakan agar kucing itu sentiasa sihat.

Berikut merupakan perkongsian Kila:

Advertisement

Must-Watch Video