Skip to main content

Berita Tempatan

Waktu Bersenam Pagi, Petang Atau Malam? Ini Jawapan Dr. Say

drsaygym.jpg
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say akui terdapat pelbagai berbeza pandangan daripada umum tentang waktu yang sesuai untuk bersenam.

Justeru bagi menjawab persoalan itu, Dr. Say menjelaskan waktu-waktu yang sesuai untuk bersenam.

Dr. Say berkata biasanya orang lebih gemar bersenam waktu petang dan malam kerana sudah mempunyai tambahan tenaga.

“Bila waktu paling sesuai bersenam? Sebab ada orang cakap bila bersenam time ni jadi macam ni dan lain-lain. Jawapannya mudah iaitu bergantung kepada gaya hidup anda.

“Kajian menyatakan yang muscle anabolic signal dan core body temperature adalah lebih tinggi pada waktu petang dan malam. Tambahan kita dah dapat tenaga daripada makanan.

“Cuma apa yang saya perasan, banyak cabaran dan dugaan bersenam pada waktu ini. Kalau bekerja nanti mulalah rasa lelah bekerja tu datang, kalau petang-petang hujan mulalah rasa nak baring enjoying hujan tu datang, kalau ada bini mulalah kena patuh arahan bini jaga anak dan kemas rumah tu datang,” tulisnya.

Dr, Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya di jim.

Namun Dr. Say tidak menafikan bersenam waktu pagi juga waktu yang sesuai bagi sesetengah orang.

“Walaupun kajian menyatakan yang bersenam waktu pagi is associated dengan 5-10% strength impairment tapi jika kalian dah biasa bersenam waktu pagi “strength deficit” yang kalian rasa itu akan berkurangan.

“Yang best is once kalian dah bersenam waktu pagi mesti rasa lega gila sebab satu bebanan yang besar dah berjaya dilakukan. Tambahan pagi-pagi kita kurang distracted daripada kerja & kehidupan so kita boleh focus on senaman kita,”katanya lagi.

Bagaimanapun Dr. Say membuat kesimpulan tidak salah untuk memiih mana-mana waktu bersenam, asalkan ia dilakukan secara konsiten.

“Kesimpulannya tak kisah bersenam pagi, petang atau malam. Yang penting adalah konsisten. As long as kalian konsisten bersenam, tak kira apa jua waktu yang bersesuaian dengan jadual harian kalian, definitely you are on the way to achieve your goals,” jelas Dr. Say.

Dr Say muncul dalam Tanya Doktor sebagai hos bersama Lisa Surihani yang ditayangkan setiap hari Khamis jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Topik : Patut Bersenam Pagi Atau Petang Atau Malam? . Kita kembali kepada topik kesihatan sikit memandangkan “January’s free trial month” kalian hampir berakhir huhu. Soalan cukup popular yg kerap ditanya “Bila waktu paling sesuai bersenam ye doc? Sebab ade orang cakap bila bersenam time ni jadi macam ni...”. Jawapannya mudah yakni BERGANTUNG KEPADA LIFESTYLE ANDA. . Kajian menyatakan yg muscle anabolic signal & core body temperature adalah lebih tinggi pada kemudian hari & atas sebab ini ramai yg perform better jika bersenam petang/ malam. Tambahan kita dah dapat tenaga daripada makanan maka tak hairan bersenam kemudian hari rasa lebih “kick”. Cuma ape yg sy perasan, banyak cabaran & dugaan bersenam pada kemudian hari ni. Kalau bekerja nanti mulalah rasa lelah bekerja tu datang, kalau petang2 hujan mulalah rasa nak baring enjoying hujan tu datang, kalau ada bini mulalah kena patuh arahan bini jaga anak + kemas rumah tu datang. . “Jadi bersenam waktu pagi tak bagus la ni doc?”. Walaupun kajian menyatakan yg bersenam waktu pagi is associated dengan 5-10% strength impairment tapi jika kalian dah biasa bersenam waktu pagi “strength deficit” yg kalian rasa itu akan berkurangan. Yang best is once kalian dah bersenam waktu pagi mesti rasa lega gila sebab satu bebanan yg besar dah berjaya dilakukan. Tambahan pagi2 kita kurang distracted daripada kerja & kehidupan so kita boleh focus on senaman kita. . Kesimpulannya tak kisah bersenam pagi/ petang/ malam. Yang penting adalah CONSISTENCY. As long as kalian konsisten bersenam, tak kira apa jua waktu yg bersesuaian dengan jadual harian kalian, definitely you are on the way to achieve your goals. Jangan pulak pasni time puasa tanya sy “doc bersenam sebelum sahur atau lepas berbuka mana lagi bagus” Nauzubillahiminzalik minta dijauhkan golongan ini huhu. . #schoolingbysay

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Advertisement

Must-Watch Video