Selepas bersalin anak pertama, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul dengan single yang berjudul Cinta Syurga, duet bersama Khai Bahar.
Single berbentuk zikir yang menggunakan melodi lagu Comel Pipi Merah itu dikeluarkan bersempena sambutan Ramadan tahun ini.
Ramai peminat memuji kemerduan vokal Siti yang kedengaran masih berbisa biarpun baru sahaja melahirkan Siti Aafiyah pada Mac lalu.
Namun begitu, Siti mengakui vokalnya masih belum berada di tahap terbaik selepas selesai sesi berpantang.
"Vokal saya kedengaran macam okay, tetapi saya akui vokal saya masih belum berada di tahap terbaik, lagi-lagi kerana saya berehat lama selepas bersalin.
"Saya tak selalu berlatih kerana sibuk memberikan tumpuan kepada anak. Walaubagaimanapun, sesi rakaman lagu Cinta Syurga ini dipermudahkan.
"Alhamdulillah, lagu ini tidak memerlukan nada tinggi dan saya boleh sampaikan dengan tenang dan mudah," kata Siti.
Tambah pelantun lagu Bersandar Cinta ini, dia perlu lebih latihan sekiranya dia ingin merakamkan lagu berbentuk pop yang memerlukan kekuatan vokal.
"Jika saya ingin merakamkan lagu rentak pop atau balada yang memerlukan kekuatan vokal, saya akui saya kena banyak berlatih sebelum masuk ke studio rakaman.
"Saya akui ada perubahan vokal selepas bersalin dan saya akan kembali melakukan latihan vokal selepas sambutan Hari Raya ini, Insya-Allah," katanya ketika ditemui di majlis iftar dan pelancaran single Cinta Syurga anjuran Sitizoners baru-baru ini.
Dalam pada itu, Siti gembira kerana single duet terbarunya bersama Khai mendapat respon positif ramai.
"Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira kerana lagu ini mendapat maklum balas yang sangat baik. Terima kasih kepada peminat saya dan Khai yang tidak henti menyokong Cinta Syurga," ujarnya.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Rozi Abd Razak