Skip to main content

Eksklusif

TikTok Tentukan Nasib Peserta Big Stage

tiktokbefunky-collage.jpg
Tahu tak aplikasi apa yang sedang hangat digunakan sekarang ini? Perkenalkan aplikasi yang direka khas untuk pengguna generasi muda yang menjadi trending kini, TikTok! TikTok adalah platform sosial video pendek yang dikuasakan oleh muzik.

Aplikasi ini memudahkan para pengguna untuk merakam 15 saat klip video yang unik dengan pelbagai jenis kesan khas untuk dikongsikan kepada seluruh dunia. 

Dari tarian, komedi, gaya bebas atau persembahan, TikTok boleh memupuk dan menyerlahkan imaginasi serta kreativiti generasi muda masa kini.

Golongan artis muda juga tidak ketinggalan menggunakannya. Antaranya ialah Mawar Rashid, Wawa Zainal, Janna Nick, Alvin Chong dan ramai lagi.

Biasanya undian akan dibuat melalui SMS tetapi bukan untuk program Big Stage. Satu kelainan bagi cara undian bakal diperkenalkan kali ini.

Program Big Stage merupakan sebuah pertandingan nyanyian terbaru berkonsepkan realiti yang menampilkan 10 penyanyi baru.

Pada tahun ini, buat pertama kalinya Big Stage berkolaborasi dengan TikTok menjadi satu platform rasmi bagi undian para peserta. Big Stage ditrendkan oleh TikTok pada kali ini.

Jangan lepaskan peluang mengundi peserta Big Stage kegemaran anda pada setiap minggu.

Bagaimana untuk mengundi para peserta Big Stage :-
1. Muat turun aplikasi TikTok di App Store dan Google Play - https://go.onelink.me/bIdt/f43bcefe
2. Log masuk atau daftar menggunakan akaun social media anda
3. Sambung dan sahkan log masuk
4. Anda mempunyai 10 undian sehari dan hanya 1 undian untuk setiap peserta
5. Terma dan Syarat tertakluk

Bakal bersiaran pada 5 Ogos ini, undian dibuka pada setiap ahad jam 9:00 malam. Undian akan ditutup sehinggalah diberitahu oleh pengacara anda.

Undian anda yang akan menentukan siapa peserta Big Stage yang akan tersingkir.

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi TikTok demi menyelamatkan peserta kegemaran anda!
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement