Skip to main content

Berita Tempatan

Tiga Beranak Di Ulu Tiram Maut Melecur, Rumah Terbakar

baka_1.jpeg

Tiga Beranak Di Ulu Tiram Maut Melecur, Rumah TerbakarTiga sekeluarga maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Limau Manis, Kampung Oren, Ulu Tiram, Johor Bahru.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Ng Geok Choo, 63, anak perempuannya, Lee Chiw Yong, 30, dan cucu perempuan, Chen Si Jing, 11.

BERITA BERKAITAN: Kilang Kitar Semula Terbakar Di Pengkalan Chepa

BERITA BERKAITAN: Nahas Pesawat Azerbaijan: Penumpang Sempat Mengucap Kalimah Syahadah Sebelum Terhempas


Seorang lagi mangsa iaitu cucu lelaki berusia 12 tahun selamat dan cedera di muka serta tangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Mohd Faiz Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran pada jam 2.46 pagi pada Jumaat.

Katanya, kebakaran melibatkan rumah berstruktur kekal bersaiz 24x30 kaki dengan memusnahkan 80 peratus.
"Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) di tempat kejadian, terdapat empat mangsa terperangkap dalam rumah.

"Tiga mangsa ditemui dalam keadaan melecur seluruh badan, masing-masing di bilik tidur hadapan dan seorang di bilik air.

"Mangsa yang terselamat dipercayai berada di ruang tamu ketika kejadian. Dan anggota bomba memecahkan grill pintu hadapan utama premis untuk memasuki premis,"katanya dalam satu kenyatan pada Jumaat.

Advertisement


Mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas menerima rawatan awal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan kejadian tersebut.

Sumber: Awani

Must-Watch Video