Skip to main content

Viral

#TheGiftedGraduation : Nasib Korn Kini Dalam Bahaya, Episod Untuk Membalas Dendam Sudah Bermula!

minimal-aesthetic-business-name-facebook-cover-(75).png

Sistem pendidikan sekolah yang tidak adil? Agenda jahat guru akademik? Sekumpulan pelajar Gifted pula muncul? Apa sebenarnya yang berlaku? 

Episod lalu telah menyaksikan hampir semua pelajar Gifted sakit kerana virus NYX-88. Pihak sekolah menyeru semua penghuninya untuk mencari dalang di sebalik kejadian dengan segera. 

Advertisement

Ini kerana pihak sekolah mengesyaki berkemungkinan ada musuh dalam selimut yang cuba mengkhianati sesama sendiri.

Memasuki episod kelima, Korn telah bersembunyi dan melarikan diri selepas dia mencederakan rakannya, Punn.

Korn turut membius beberapa pelajar lain kerana mereka berusaha mendedahkan pengkhiatan dan kerja kotor yang selama ini   dilakukan Korn.

Sementara itu, Punn telah memasang niat dan merancang beberapa usaha untuk membalas dendam ke atas perbuatan Korn.

Adakah niat Punn berjaya  untuk membela nasibnya? Saksikan episod enam The Gifted Graduation malam ini.

The Gifted Graduation yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Citra pada setiap Sabtu jam 9.00 malam. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.

Must-Watch Video