Penyanyi dangdut popular Indonesia, Inul Daratista telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 semalam.
Perkara itu dikongsi Inul menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Pelantun lagu Goyang Inul ini telah menerima kejutan dari suami dan anaknya pada tengah malam kemarin.
"Pulang ke rumah pukul 10.30 malam dan terus tidur, tiba-tiba dikejutkan oleh suami dan anak katanya ada lampu yang tidak berfungsi.
"Selepas itu saya disuruh tiup lilin, hilang lagi satu tahun umur saya, Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik.
"Saya tak perlukan apa-apa pun cuma cukuplah dengan doa yang ikhlas," tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat Inul menulis ucapan hari jadi dan mendoakan kesejahteraan buatnya.
Inul mulai aktif di industri hiburan Indonesia pada tahun 2000 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.