Skip to main content

Hollywood

Tak Sampai Sebulan Bersalin, Cardi B Mahu Anak Kedua?

newcardibbefunky-collage.jpg
Penyanyi rap Hollywood, Cardi B baru sahaja melahirkan anak pertamanya pada 10 Julai lalu dan kini, tular khabar angin tentang hasratnya untuk menimang cahaya mata kedua.

"Cardi sangat mencintai kehidupan terbarunya sebagai seorang ibu dan sejak hamil, dia banyak menunda pelbagai perancangan dalam kareernya.

"Namun begitu, Cardi akan menumpukan perhatian kepada anak pertamanya, Kulture dan melaksanakan segala kerja tertangguh sebelum merancang untuk hamil kali kedua.

"Tidak dinafikan, Cardi ada menyatakan hasratnya untuk hamil lagi, namun dia tidak mahu terburu-buru dalam soal itu," kata sumber.

Cardi B dan pasangannya, Offset telah berkahwin secara rahsia pada 20 September 2017 di Fulton County, Georgia.

Teks : Asraf Aided
Sumber : celebrityinsider.org
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement