Pelakon Yatt Hamzah dan suami, Mohammad Zulfadhli Khiruddin telah memilih Suci Hayfaa Medina sebagai nama anak ketiga mereka.
Menerusi entri di Instagram (IG), Yatt dan suami mengambil keputusan untuk mengumumkan nama anaknya selepas tujuh hari kelahirannya.
"Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan, Bonda akan isytiharkan nama #LilSuci pada hari ke-7 iaitu Ahad 8 April 2018 sebagai mengambil keberkatan sunnah Rasulullah SAW.
"Alhamdulillah Bonda dan Abah @zul.autkaz sepakat menamakan #babyYH #lilMujahidahSuci dengan nama Suci Hayfaa Medina.
"Ada sesiapa tahu maksudnya? Semoga jadi Mujahidah Solehah, Hafizah yang cintakan Al-Quran. Ameen, Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar," tulisnya.
Sebelum ini, selepas terlewat 12 hari dari hari yang dijangka lahir, pelakon Yatt Hamzah akhirnya selamat melahirkan bayi perempuan secara normal.
Yatt melahirkan anak ketiganya di sebuah hospital wanita dan kanak-kanak di Wangsa Maju kira-kira 12.10 tengah hari.
Pemilik nama sebenar Haryati Hamzah memuat naik foto bersama bayinya seberat 3.33 kilogram itu menerusi laman Instagramnya.