Tinggal beberapa jam sahaja lagi pentas akhir Muzikal Lawak Superstar (MLS) bakal digegarkan dengan persembahan lima finalis iaitu JBORN, UNI, BOTAK, dan NEWBOH.
Keempat-empat kumpulan sebelum ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sama ada dari segi penceritaan mahu pun sketsa yang berlainan.
Namun di antara empat kumpulan tersebut siapakah yang diramal bakal dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Astro itu?
Menerusi tinjauan Gempak di media sosial, nama JBORN yang sering disebut-sebut netizen sebagai bakal juara.
Rata-rata netizen mengakui gemarkan cara penyampai dan jalan cerita yang dipersembahkan JBORN dan mereka merupakan antara kumpulan yang kerap mendapat pujian selain berada di kedudukan pertama pada minggu separuh akhir Jumaat lalu.

Bagaimanapun UNI, BOTAK dan NEWBOH juga tidak kurang hebatnya, masing-masing mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri.
Namun hanya ada satu bintang sahaja yang bakal dinobatkan sebagai pemenang dan ia hanya akan ditentukan di pada malam ini.
MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
2.Taip MLS <jarak> NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) <jarak> NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com