Skip to main content

Berita Tempatan

Senarai Lagu Konsert Pertama: Peminat Tak Sabar Tunggu Persembahan Bintang GV4

gv4.jpg
Seramai 12 bintang GegarVaganza musim keempat (GV4) bakal berentap di konsert pertama yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil malam ini.
 
Bintang-bintang tersebut adalah Aqasha, Hazami, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, dan Ferhad.
 
Konsert minggu pertama ini menyaksikan 12 bintang berkenaan membawakan lagu popular mereka sendiri.
 
Berikut merupakan senarai lagu bintang GV4 minggu ini:
 
1. Liza Hanim – Siapa Sangka Siapa Menduga
 
2. Syura – Nazam Berkasih
 
3. Raja Azura – Hati Terkunci
 
4. Aqasha – Embun
 
5. Tia Jimbara - Farhana
 
6. Hazami – Mungkir Bahagia
 
7. Ferhad – Kasih Berubah
 
8. Elyana – Tak Tercapai Akal Mu
 
9. Aishah – Janji Manismu
 
10. Firman Siagian – Kehilangan
 
11. Lan Kristal – Seragam Hitam
 
12. Haida – Zapin Usik – Mengusik
 
Dalam pada itu, peminat mula menyatakan rasa teruja melalui platform media sosial dengan menggunakan ‘mention’ GegarVaganza dan juga bintang kesayangan masing-masing.
 
Rata-ratanya memberitahu tidak sabar untuk menonton persembahan hebat mereka malam ini.
 
“Guys jangan lupa tengok GegarVaganza. Hahaha aku excited terlebih sebab nak tengok Aqasha dan sekutunye. Hehehe,” - @haziqahRF
 
“GegarVaganza musim ke 4 ni ramai artis yang hebat-habt dan lama tak nampak, can't wait! Taktau nak team siapa,” - @kakpiee
 
“GegarVaganza nak start dah. Nak tengok Firman nyanyi lagu Kehilangan. Suara serius power,” - @ahmademir
 
“GegarVaganza pun boleh tahan power. Aishah, Aqasha, Raja Azura, Lan Kristal, Liza Hanim, Ferhad, Hazami, Elyana etc,” - @einanana

 
“Balik sebab nak tengok temperature of love tapi ibu nak tengok GegarVaganza pulak,” -@mrzsyzwna
 
GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.
 
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
 
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.
 
Teks oleh: Mya Amri
 
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement